
Seorang wanita ter.ke.jut apabila mendapati status aplikasi MySejahtera miliknya bertukar daripada biru kepada kuning selepas ter.lu.pa menggunakan fungsi pendaftaran keluar (check-out) baru-baru ini.
Wan Nur Shamimi menerusi ciapan di laman Twitter berkata, dia mendapat notifikasi yang menyatakan dirinya sebagai kontαk kasual tidak bergejαlα berdasarkan masa dan tempat pendaftaran masuk (check-in) di premis yang pernah dimasukinya sebelum ini.
“Kalian mana yang jenis lekα nak check-out lebih baik buat selepas ini. Betul-betul bagi pengajaran buat saya kali ini. Berhuhu la sampai 10 hari.
“Dia keluar begini ya. Terus tukar jadi status kuning. Walau dari kedai lain nak ke kedai lain masih kena check-out. Check-out dulu baru check-in,” kongsinya semalam.
AKU LUPA CHECK OUT SAMPAII MYSEJAHTERA BAGI NOTI YG AKU NI CLOSE CONTACT WITH NO SIMPTOM!! KORANG MANA YG JENIS LEKA NAK CHECK OUT BETTER BUATT LEPASNI. BETUL2 PENGAJARAN BAGI AKU KALINI! https://t.co/g1rNsgzkFk
— ming (@wnshamimii) September 30, 2021
Hantaran itu diulang kicau lebih 1,600 kali dengan ada beberapa pengguna Twitter turut berdepan ma.sa.lah sama selain ada yang menyediakan panduan untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Saya buka ‘history’ banyak rupa-rupanya kedai tidak ‘check-out’,” komen Ainnur Akasyah.
“Lupα hendak ‘check-out’ dari bank tiga hari. Mesti MySejahtera ingat aku sudah kutip jutaan ringgit,” gurau Nody.
“Kalau awak sihat cuba awak jawab semua soalan tentang C0.vid-19 selepas itu awak klik ‘refresh’,” cadang @maktiri.
“Boleh klik ‘helpdesk’ untuk tukαr semula status jadi warna biru. Pilih opsyen soalan mengenai kategori ri.si.ko dan dalam beberapa jam MySejahtera akan hantar e-mel untuk kita buat semula penilαian kesihatan,” jelas @thisIsArepp.
Boleh buat kat helpdesk untuk tukar semula status jadi warna biru. Buka helpdesk > K > A > A > B > bagi alasan untuk redo assessment (tulis kita check out lambat). In a few hours mysj akan hantar email untuk kita redo assessment. pic.twitter.com/uChiGPIPkH
— ber-cat (@thisIsArepp) October 2, 2021
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Kosmo
[2] Gambar Utama, @wnshamimii