Warga Emas Setia Dengan Al-Quran Berusia 50 Tahun Milik Arwah Isterinya, Buat Ramai Tersentμh.

Roslina, anak bongsu Abu Bakar Ismail, 96, warga emas yang khatam al-Quran 130 kali sehingga kini menceritakan yang ayahnya meluangkan masa 30 minit hingga satu jam untuk mengaji al-Quran.

Ia telah menjadi rutin ayahnya selepas solat fardhu, dan ketekunan ayahnya dengan amalan ini telah membolehkan ayahnya itu, menghabiskan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh empat atau lima bulan.

Menariknya tentang Abu Bakar ialah, dia setia membaca al-Quran milik αrwαh isterinya, Hamidah Ali dan usia al-Quran itu telah melebihi 50 tahun.

Kata Roslina, bapanya cukup sayangkan kitab suci itu, walaupun al-Quran itu lu.suh dan ada bahagian tertαnggαl.

Bapanya sentiasa me.no.lak untuk di.gan.tikan dengan al-Quran yang baru. Malah, bapanya juga masih memakai songkok lama yang berusia 30 tahun.

Menurut bapanya itu, songkok tersebut masih boleh digunakan, walaupun berubah bentuk dan warnanya juga telah pu.dar.

Roslina berkata, bapanya pernah memiliki sejadah lama, tetapi dia menukar kepada baharu kerana keadaannya terlalu lu.suh.

Kata Roslina, dia menghormati keputusan bapanyayang sangat menghargai dan menyayangi barangan untuk beribadat.

“Saya berdoa ia (al-Quran, sejadah dan songkok) menjadi saksinya di Padang Mahsyar dan membantu memudahkan urusannya di akhirat,” katanya.

Selepas solat Maghrib, bapanya turut membaca Yasin dan berzikir sementara menunggu Isyak dan ayahnya juga rajin melaksanakan puasa sunat sebelum ini.

Namun, disebabkan oleh fαktor kesihatan, bapanya tidak dapat meneruskan puasa sunat sejak dua tahun kebelakangan ini.

Pada waktu terluang pula, bapanya akan membaca surat khabar bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu.

Roslina yang tinggal, Negeri Sembilan berharap dia dapat terus menjaga kebαjikαn bapanya itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut mendoakan agar Abu Bakar Ismail dipermudahkan segalan urusan dunia dan akhirat.

Sekadar perkongsian dan terima kasih

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, Utusan Malaysia dan Harian Metro

[3] Gambar 1, Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.