Anak Perempuan Pelakon dan Penyanyi Lagenda Safura Meningg4l Dunia, Punca?

Semalam, pelakon dan penyanyi lagenda Safura Ya’acob yang popular dengan lagu hitsnya, “Sedalam Mana Cintamu” berkongsi berita duk@ apabila puteri kesayangan telah pulang ke rahmatullah.

Berita meny@y@t hati itu dikongsi menerusi satu postnya di akaun rasmi Instagram milik beliau.

“Alhamdullilah, ciuman ter@khir mama buat Not. Wangi seharum kasturi.

“Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah, amin,” menurutnya

Perkongsian tersebut kemudiannya membuatkan ramai netizen turut merasa kehil@ngan puteri kesayangannya yang tercinta.

Melalui ruangan komen, kebanyakkan netizen menzahirkan rasa simp@ti dengan mengucapkan ucapan takziah kepada beliau. Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka:

“Innalilahiwainnalilaihirojiun, salam takziah buat seisi keluarga. Al fatihah buat arwah”.

“Takziah buat akak dan keluarga. Al fatihah,” komen yang dilontarkan oleh beberapa netizen dan rakan-rakan artis.

Pihak Gempak turut menemubual Safura bagi mendapatkan informasi yang lebih jelas, namun demikian masih belum mendapat sebarang respons daripada pihak Safura.

Salam takziah diucapkan kepada Safura atas pemergian puterinya yang tercinta yang pergi buat selamanya.

Untuk pengetahuan semua, Safura turut dikurniakan dua orang anak iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhamad Daniel Khaqim Mohd Khairi, menerusi pernikahan yang terdahulu.

Selang beberapa tahun, beliau kemudiannya menemui jodoh baharunya dengan pelakon Sahronizam pada tahun 2005.

Mereka dikurniakan empat orang anak yang masing-masing bernama Yusof Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah. 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang turut meningg@l dunia pada usia muda iaitu ketika berumur tiga tahun pada tanggal 2008.

Sumber:

[1]  Rujukan, Gempak

[2] Gambar Utama, Media Hiburan

[3] Gambar 1, budak situ

[4] Gambar 2, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.