(Video) ‘Sampai Tua’ Shuib Raih 100k Tontonan Di Youtube, Undang Sebak Ramai Terutama Bahagian Akhir

Sebelum ini, Shuib pernah berkongsi satu video kenangan bersama Allah.yar.ham Siti Sarah di akaun Youtube miliknya. Video yang dikongsikan ialah video mereka mendendangkαn sebuah lagu berjudul ‘Sampai Tua’.

Terbaru, Shuib telah melancarkan lagu tersebut di akaun Youtube miliknya, walaupun terpaksa menyanyikan lagu tersebut secara solo.

Jom dengarkan lagu Sampai Tua di Youtube Shuib Channel. Dari sebelum kahwin lagi, @shuibsepahtu dan ar.wah sarah dah dengar lagu Sampai Tua. Menanti lebih 10 tahun untuk lagu ni. Shuib dah janji sama-sama nak nyanyi dengan ar.wah sarah tahun lepas tapi nampaknya tak kesampaian.

Akhirnya yang tinggal hanya kenangan, yang tersemat dalam jiwa sampai bila-bila. Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. Sama-sama kita sedekah Al Fatihah kepada Allah.yar.hamah Siti Sarah Raissuddin.


Di Instagram, Shuib juga ada memberitahu yang dia dan Sarah merancang untuk menyanyikan lagu ini secara duet dan sudah menanti lebih dari 10 tahun untuk lagu ini.

Baru sahaja dimuat naik di Youtube, lagu ‘Sampai Tua’ ini sudah meraih lebih daripada 90 ribu tontonan.

Rata-rata netizen, meluahkan rasa bangga kerana Shuib berjaya merakamkan lagu ini sehingga habis secara solo, walaupun mesti Shuib merasa se.dih dan hi.ba untuk menyanyikan lagu tersebut.

Pada masa yang sama, netizen turut menyatakan yang sekiranya pendengar menghayati maksud lirik tersebut, bait-bait lirik yang terakhir pasti mengundang se.bak.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Currentnews52

[2] Gambar Utama, Sinar Harian dan Shuib Sepahtu

[3] Video, Shuib Channel

[4] Gambar 1, Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.