Shahrol Shiro Persoal Pemilihan Juri MLM2021, Gara-Gara Hal Ini

Juri program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) sepatutnya dalam kalangan pelawak atau mereka yang mempunyai penga.la.man membuat persembahan di atas pentas.

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro berkata, golongan seperti itu lebih arif sebagai juri program komedi dan boleh memberi te.gu.ran membina supaya peserta MLM2021 tahu ke.si.la.pan mereka.

“Dengan itu kualiti persembahan boleh ditingkatkan pada minggu hadapan. Jika dibandingkan program pertandingan komedi di Indonesia, jurinya semua berpengalaman luas dalam bidang komedi.

“Jadi mereka tahu ke.si.la.pan dan memberi te.gu.ran yang membina. Peserta dapat memperbaiki jadi yang lebih baik minggu hadapan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi.

Program Maharaja Lawak Mega kembali bersiaran semalam dengan barisan juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose dan seorang juri mis.te.ri yang hanya akan diumumkan pada final MLM2021.

Shahrol Shiro yang juga bek@s juara MLM2018 berkata, beliau membuat te.gu.ran itu kerana mahu melihat komedi di negara ini setara atau lebih baik berbanding Indonesia.

“Jika dilihat program nyanyian seperti Gegar Vaganza semua juri memang “p0wer” dalam bidang muzik seperti Datuk Ramli MS dan lain-lain,” katanya.

Teguran beliau tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan berkenaan.

Sumber:

[1] Rujukan dan gambar 1, K! ONLINE

[2] Gambar utama, My News Hub dan ShiroFC

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.