Fizo bakal berkahwin 21 Oktober nanti?

Tiada angin tiada ri.but, apabila pelakon terkenal tanah air Fizo Omar dikhabarkan bakal me.na.matkan zaman dudanya, pada 21 Oktober ini. Bapa kepada Wan Maryam ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga yang kedua dalam hidupnya.

 

Dikatakan juga, Fizo bakal mengahwini gadis pilihan hatinya yang berusia 25 tahun, di sebuah Masjid di sekitar Lembah Klang. Wanita yang menjadi pilihannya bukanlah dari kalangan artis.

 

Ada beberapa wartawan mengatakan bahawa sejak kebelakangan ini, mereka jarang dapat berhubung dengan Fizo. Panggilan telefon tak angkat, mesej pon tak dibalas, rupa-rupanya ada udang disebalik batu.

Mungkin disebabkan Fizo berasa ta.kut akan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh rakan-rakan wartawan, tentang perangcangannya bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Sekiranya khabar angin ini tepat, didoakan agar segala urusan Fizo dan pilihan hati berjalan dengan lancar. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada kedua-duanya

Sekadar perkongsian.

Sumber:

[1] Rujukan, Kosmo

[2] Gambar Utama, Berita kopak dan Kosmo

[3] Gambar 1, RotiKaya

[4] Gambar 2, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.