“Saya tidak menolαk jod0h..”, Ini Respons Shuib Selepas Khαbar Angin Dirinya Sedang Didekati Selebriti Wanita.

Pelawak tanah air, Shuib telah me.no.lak khabar a.n.g.in yang men.dak.wa dirinya sedang didekati oleh seorang selebriti selepas per.mer.gian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin akibat Co.vid-19 pada 9 Ogos yang lalu.

Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib berkata, dia tidak tahu siapa wanita yang cuba mendekati dirinya itu. Shuib juga me.na.fi.kan dak.wa.an tersebut.

“Saya tak tahu langsung. Siapa ya? Allahuakbar, saya tidak tahu. Sekarang memang tiada mana-mana wanita yang cuba mendekati saya”.

“Kalau wanita yang saya kerap berhubung sekarang pun hanyalah dengan kak Nana ( pengurus),” katanya ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di D’Empangan Udang Galah semalam.

Menurut Shuib jika satu hari nanti dia dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang terbaik, dia tidak akan menolaknya. Namum buat masa sekarang Shuib masih lagi belum bersedia untuk mencari peng.gan.ti Allah.yar.ham Siti Sarah.

“Bab jodoh ini saya tak be.ra.ni nak cakap, tentulah percaturan Allah SWT yang paling tepat. Saya tidak menolak jodoh sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya”.

“Tetapi tak boleh cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Sudah tentu mereka perlukan kasih seorang wanita. Namun, saya serahkan pada Allah mengenai masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan”.

“Kalau tanya saya fasal jodoh sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pe.lik yang timbul apabila memikirkan soal ini. Bukannya saya ta.kut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya.

Pada masa yang sama, Shuib juga menjelaskan sekira pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang, dia tidak mahu wanita itu mempunyai persamaan dengan Allah.yar.ham isterinya.

“Saya tak mahu ada persamaan sebab Sarah ada di kelas tersendiri. Cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan yang bukan untuk kepentingan pe.ri.ba.di saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga”.

“Kalau dia berjaya men.curi hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat,” tambahnya.

Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.

Sumber:

[1] Rujukan, Harian Metro

[2] Gambar Utama, Murai MY dan Beautifulnara

[3] Gambar 1, Illuminasi

[3] Gambar 2, Shuib (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.