(Video) Meng0rat Murid Lelaki Baru Pindah Sekolah, Habis UPSR Terus Luαh Perαsaan.. Tapi Lain Pula Pengakhirannya

Sejak umur 12 tahun sudah berkenalan, akhir.nya pasangan berumur 22 tahun ini telah selamat disatukan sebagai suami-isteri pada bulan Ogos yang lalu.

Nurul Syazana Rosli memanjatkan rasa syukur apabila perkenalannya dengan Muhamad Fathoni Fauzi ber.akhir di jenjang pelamin.

Nana atau Nurul Syazana juga telah berkongsi permulaan kisah percintaannya bersama suami tersayang pada 11 tahun yang lalu.

“Suami berpindah ke sekolah saya ketika kami darjah enam. Tapi kami kelas berasingan. Kenangan masa mula-mula nak kenal, saya yang mengorat suami”.

“Boleh ‘sang.kut’ sebab kami selalu ga.duh dan e.jek-e.jek nama. Biasalah budak-budak, selalu panggil nama mak ayah”.

“Selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), baru saya luahkan perasaan. Masa tu, kami selalu balik sekolah jalan kaki sama-sama”.

“Saya tanya suami pada waktu itu, hang suka siapa? Kemudian baru kami berkawan rapat,” ujar Nana berseloroh.

Menurut Nana yang menetap di Taiping, Perak, hubungan itu semakin rapat apabila mereka menjadi rakan sekelas sepanjang lima tahun di sekolah menengah.

“Last kami pu.tus masa tingkatan dua, selepas itu dah tak ada dah. Habis sekolah, suami sambung belajar, selepas habis belajar dia kerja sebagai programmer, kemudian baru kami plan untuk kahwin,” kata Nana.

Sewaktu ditemubual, suami Nana men.dedah.kan bahawa mereka selalu menerima soalan bagaimana mengekalkan hubungan untuk jangka masa yang lama.

“Orang tanya tip bercinta. Saya pun tak tahu sebenarnya. Ikut flow saja, saya terima jodoh seadanya”.

“Sepanjang kenal, kami pun jarang contact. Contact macam biasa saja. Lepas habis belajar, balik kampung, dia ajak saya kahwin,” tambahnya sambil bergurau.

Kerana sudah lama mengenali suaminya itu, Nana mem.berani.kan diri untuk bertanya tentang soal kahwin. Bagi Nana dia mempercayai konsep rezeki dan jodoh walaupun umur mereka baru 22 tahun.

“Saya fikir dah lama sangat kenal, takut tak jadi. Dia pun dah habis belajar, dah kerja. Kemudian tanya keluarga dan kami berbincang, baru kami kahwin,” ujar Nana lagi.

Nana juga berkongsi video kisah dia dan suami menerusi laman Instagram miliknya.

Sumber:

[1] Rujukan, Mstar

[2] Gambar Utama, Nanalee (Instagram)

[3] Gambar dan Video,  Nanalee (Instagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.