Hαk Istimewα Dinαfikαn, Netizεn Tαmpil Beri Sok0ngan Kepada Wanita Ini

Kebiasaannya, Orang Ke.lai.nan Upaya (OKU)  akan menghadapi sedikit ke.su.ka.ran dalam menjalani kehidupan seharian. Namun, ini bukanlah peng.ha.lang untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apa perasaan anda sekiranya hak kita di.na.fi.kan? Pasti kita berasa ke.ce.wa bukan? Sama seperti Aira, dia pengguna TikTok @aira_meor telah menzahirkan perasaan ke.ce.wa apabila dia tidak boleh membuat pesanan melalui pandu lalu di KFC.

Aira merupakan individu yang kelainan upaya kerana dia seorang p.e.k.a.k dan b.i.s.u. Sewaktu kejadian di pandu lalu KFC Aira mahu membuat pesanan namun dia diminta untuk masuk ke dalam restoran untuk membuat pesanan.

Menerusi video di TikTok Aira, sebelum ini dia pernah membuat pesanan melalui pandu lalu KFC yang sama, tetapi dia dilayan sangat baik oleh staf yang bertugas.

Berbeza dengan baru-baru ini, walaupun Aira sudah menunjukkan menu yang ingin dipesannya tetapi staf yang bertugas tidak dapat membantunya.

Lebih menyedihkan, Aira diminta untuk ke kaunter di dakam restoran bagi membuat pesanan. Dia benar-benar kecewa dan dia tidak masuk semula ke restoran kerana dia merasakan hak dia telah di.na.fi.kan

Rata-rata netizen telah mening.galkan komen yang positif dan menyokong Aira. Netizen juga bersetuju dengan saranan Aira agar pihak restoran yang terlibat menaiktaraf kemudahan untuk golongan seperti Aira.

Sumber:

[1] Rujukan, OhMyMedia

[2] Gambar Utama, Aira Meor (Tiktok)

[3] Gambar 1 dan 2, Aira Meor (Tiktok)

[4] Video, Elanor (Twitter)

Leave a Reply

Your email address will not be published.