(Video) Salji Turun di Arab Saudi, Bukti Kebenaran Hadis?

Baru-baru ini, Arab Saudi dilanda cuaca sejuk, hujan renyai dan hujan ais dengan salji di beberapa kawasan memberi satu keseronokan kepada penduduknya yang jarang sekali menghadapi situasi sebegitu.

Dalam pada itu, sebuah kawasan di wilayah timur dilanda hujan pada Isnin selepas hujan ais dan hujan lebat di Riyadh pada Ahad.

Apa yang meri.sau.kan adalah terdapat kejadian ri.but pe.tir, hujan dan hujan ais juga dilihat di Qurayyat berhampiran Turaif di wilayah sempadan utara.

Kebanyakan masyarakat di Arab Saudi turut berpeluang memuat naik gambar dan video hujan ais di padang pasir, di media sosial sebagai tanda menyambut kedatangan salji di tanah air mereka.

Ada dalam kalangan mereka sanggup memberhentikan kereta demi untuk menikmati kejadian luar biasa tersebut.

“Ia adalah satu ke.ju.tan yang menyenangkan. Kami memandu ke wilayah timur dari Riyadh untuk hujung minggu dan dalam perjalanan pulang, hujan tiba-tiba turun.

“Kami mengalami tempoh musim pa.nas yang panjang dan kini akhirnya diberi nikmat musim sejuk.

“Saya merancang untuk pergi ke London, tetapi tidak perlu lagi. Kami mempunyai cuaca hebat di sini,” ujar Tala Hamdan, rakyat Arab Saudi.

Dalam pada itu, Pusat Me.teo.ro.lo.gi Negara menjangka suhu dijangka menurun di seluruh negara pada minggu akan datang berikutan cuaca bu.ruk dan hujan berpanjangan.

Berhubung hujan yang berlaku kawasan pesisir minggu lalu, angin sejuk dan hujan akan me.re.bak ke kawasan utara dan timur negara, serta Riyadh dan Qassim, kata pusat berkenaan.

“Selepas sebulan, kita akan lalui hari yang paling din.gin tahun ini iaitu musim sejuk,” ujar pakar cuaca, Dr Khaled Al Zaqaq pada Isnin.

Sumber:

[1] Rujukan :Harian Metro

[2] Gambar Utama: Daily Mail dan The Sun

[3] Gambar-Gambar Lain: Sahih.com

[4] Video: Youtube Whatsapp Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published.