(Video)”Haa Nampak Dia Keluar Ikut Mana..”, Akh¡rnya Terjawαb Macam Mana Punca Air Tεrjun Paling Hujung Sekali

Tempat berkelah paling terbaik sambil menikmati keindahan alam tak lain tak bukan mesti la di kawasan air tεrjun dan sungai-sungai. Tambah pula dengan air yang sejuk boleh buatkan semua berasa segar.

Tapi pernah tak kita terfikir mana datangnya air terjun ini, mata air mahupun punca air sungai. Semua sedia maklum yang di bahagian hulu sungai di situ lah adanya air terjun. Kita juga tahu bahawa arus di hilir juga sangat deras. Tapi dimana punca yang paling hujung? Sedεras manakah ia?

Untuk pengetahuan ramai, sungai adalah hasil mata air yang datang daripada tempat tinggi. Mata air ini akan mengalir secara berterusan walau pada musim kemarau.

Menerusi satu video yang telah dikongsi oleh Mohd Syafiqi Zakaria di lama Facebooknya, kelihatan dia sedang berkongsi mengenai punca air sungai yang paling hujung kebiasaanya kita mengelarkan sebagai hilir sungai.

Di dalam video tersebut Syafiqi menunjukkan punca air sungai. Kelihatan air yang mengalir tersebut dalam kuantiti yang sedikit namun secara berterusan. Syafiqi berkata lagi punca air itu mengalir dicelahan batu-batu dan pokok.

“Daripada celah-celah pokok ni la menjadi air tεrjun, kepala air, dari sekecil-kecil air ini lah sumber kehidupan kita,” ujar Syafiqi.

Betul apa yang orang kata, walau kemarau sekali pun, punca air sungai masih lagi mengalir.

Sekadar perkongsian, Terima Kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, SiakapKeli

[2] Gambar Utama, Syafiqi (Facebook)

[3] Video dan Gambar, Ahmad Same (Youtube)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *