Kοngsi Instastory Bersama Seorang Gadis Cantik, Iqbal Bakal Tαmatkan Zamαn Bujαng?

Sebut sahaja nama Ahmad Iqbal Zulkefli pasti semua terbayangkan pemuda ini penuh dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Dirinya tidak terlepas dengan kecaman dan kritikan netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukannya yang dikatakan hanya sekadar lakonan dan gimik semata-mata.

Maka dengan itu, Iqbal mengambil keputusan berhijrah ke Indonesia untuk memenangkan dirinya dan mencari peluang bisnes yang baharu disana.

Apa yang mencμri tumpuan ramai adalah baru-baru ini Iqbal telah memuat naik satu Instastory di Instagram peribadi yang menunjukkan dirinya bersama seorang gadis yang begitu cantik telah membuatkan ramai terkεjut.

Tambahan pula, dalam perkongsian itu juga terdapat komen-komen netizen yang memberikan kata-kata sokongan kepadanya untuk cepat menamαtkan zaman bujang dan memuji-muji gadis rahsia tersebut.

Ternyata perkongsian yang dilakukan oleh Iqbal ini adalah satu perkara yang menggembirakan peminatnya kerana sebelum ini dipernah gagal dalam usaha mendapatkan cinta daripada usahawan kosmetik, DS Vida.

Namun, identiti wanita cantik yang dikongsi oleh Iqbal itu masih belum diketahui dan semuanya masih menjadi tanda tanya, cumanya Instagram gadis itu @inevtariworld telah dikongsi oleh Iqbal buat semua.

Pemilik nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli juga menyatakan bahawa wanita ini telah banyak mengajarnya erti kesabaran dalam hidup.

Nama wanita cantik itu Indah Nevertari yang merupakan penyanyi dari negara Indonesia yang begitu rapat dengan Iqbal melalui perkongsian Instastory masing-masing.

Sebelum ini, kisah percintaan Iqbal bukan sahaja dikaitkan dengan DS Vida tetapi nama Datuk Rossa juga digosipkan dengan Iqbal semasa dia berada di Jakarta.

Bukan itu sahaja, Iqbal juga telah mencipta lagu khas tentang kisah percintaannya yang berjudul ‘Hujan’ hasil sentuhan Eric Fuzi yang telah menjadi trending di laman Youtube untuk beberapa hari.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

[2] Gambar Utama: Mstar dan Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

[3] Gambar-Gambar Lain: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli dan NST

Leave a Reply

Your email address will not be published.