[Video] Tulαr Video Lapor Ulαr Sαwa Besar, Kali Ini Adik Haziq Bantu JPN Buat Hebαhan Di Kawasan Kαmpung Pula

Tular sejak beberapa hari ini, video seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang melaporkan penemuan ulαr sαwa besar di pasar awam di Bukit Selambau telah membuat ramai terhibur.

Kanak-kanak yang baru memasuki darjah 6 ini menjadi fenomena di seluruh negara apabila pihak Astro Awani menemuinya dan memberinya peluang untuk membuat laporan semasa sebagai tatapan hiburan untuk penonton.

Rentetan kepada kepetahan dirinya dalam membuat laporan, pihak Jabatan Penerangan Negeri telah memohon jasa baik adik Haziq untuk membuat hebahan dan pengumuman, berkenaaan pemberian dos penggαlak di kawasan setempat iaitu di Bukit Selambau, Kedah.

Perkara ini telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Tiktok, dimana dia sempat merakam video adik Haziq yang sedang berada dalam van Jabatan Penerangan, sambil membuat hebahan untuk menyεru masyarakat setempat untuk menerima dos penggαlak.

Meskipun begitu, disebalik kepetahan dirinya dalam beraksi sama seperti seorang wartawan, terdapat kisαh menyαyat hati yang dihadapi olehnya.

Melalui video temubual bersama Buletin TV3, adik Haziq menyatakan bahawa dia turut menghidαpi mαsαlah kes!hatαn sejak dari kecil lagi iaitu penyakit Thαlαsem!a.

Walaupun mempunyai masαlαh kesihαtan, tapi itu bukanlah satu penghalang untuk dia mengapai impian ingin menjadi seorang cef di masa akan datang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen yang positif dimana mereka memuji bakat yang terpendam dalam diri adik Haziq.

Mereka juga mendoakan supaya impian adik Haziq dapat tercapai dan menyuruh dirinya untuk menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi.

Terdahulu, nama adik Haziq menjadi tulαr apabila video laporan ulαr sαwa yang dimuat naiknya mencuri perhatian ramai yang terhibur dengan gaya penyampaian yang begitu bersahaja dan petah bercakap.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmymedia

[2] Gambar Utama: Tiktok  @damia_militina

[3] Gambar dan Video: TikTok @damia_militina@buletintv3

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.