Sharnaaz Ahmad Muat Naik Foto IG Mandi Di Pantai, Sekali Ini Yang Netizen Perαsan

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon lelaki Sharnaaz Ahmad semakin melonjak naik, apabila drama lakonannya bersama Emma Maembong iaitu berjudul I Promise, Janji Anaqi yang baru sahaja melabuhkan tirai mendapat reaksi yang baik daripada penonton.

Menurut pelakon kacak berasal daripada negeri Pulau Pinang ini juga kerap memuat naik fotonya di Instagram peribadinya untuk tatapan peminat.

Sementara itu, Sharnaaz turut berkongsi foto terbaru yang menyatakan dia mahu pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai peminatnya adalah merupakan salah satu gambar yang dikongsi olehnya iaitu saat dimana dia sedang mandi di pantai yang memaparkan badannya yang sαdo itu.

Melihat di ruangan komen jelas menunjukkan rata-rata peminatnya terutamanya dalam kalangan wanita kelihatan tidak keruan menatap tubuhnya yang sαdo dan sasa.

Ada juga peminat Sharnaaz yang bergurau mengatakan foto ‘belanja’ dari Sharnaaz Ahmad itu dapat menyebabkan ramai yang tertawan dengannya yang sudah lama hidup solo selepas berp1sah dengan bekas isteri.

Mereka juga menyamakan Sharnaaz dengan model majalah hiburan dahulu yang bertemakan konsep kolam renang di belakang.

Sebagai info, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 sebelum mendapat cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018.

Namun, hubungan mereka tidak kesampaian dan sah bercεrαi pada 9 Julai 2020.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmymedia

[2] Gambar: Instagram Sharnaaz Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published.