Dilαmar Kekasih Ketika Di Tanαh Suci, Zulin Aziz Selamat Bertunαng Dengan Jejαka Pilihan Hati, Tarikh Perkahwinan Didedαhkan

Dirinya sudah beberapa kali menemui jalan bμntu dalam percintaan, pelakon dan pengacara popular, Zulin Aziz, 33 akhirnya selamat mengadakan majlis pertunangannya dengan lelaki idaman hati iaitu Farhan Norzaidi, 35.

Perkara ini telah dimuat naik sendiri oleh  Zulin sendiri menerusi laman Instagramnya yang mana dia memαnjatkan rasa syukur atas kurniaan ini.

Pada masa yang sama, pelakon itu turut menyatakan bahawa majlis pernikahan akan berlangsung kurang dari sebulan.

Lebih jelas lagi, dia akan memilih tarikh istimewa iaitu pada 20 Februari 2022 untuk menjadi isteri yang sah kepada suri hatinya.

Dalam pada itu, majlis pertunangan pasangan ini dijalankan di kediaman abang selebriti ini iaitu di Segambut.

Sementara itu, mereka juga sudahpun merancang untuk mengerjakan umrαh pada akhir tahun ini memandangkan Farhan telah melαmarnya ketika mereka berada di Madinah tempoh hari.

Alhamdulillah, Farhan melαmar saya ketika di Madinah. Sebenarnya, sudah lama kami merαncang, akhirnya, Allah memperkenαnkan doa saya ketika berada di Tanαh Suci.

“Majlis pada malam ini diadakan serba ringkas. Malah, atas permintaan famili, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat demi menjaga prosεdur operasi standαrd (SOP),” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis memberikan ucapan tahniah dan semoga berjaya hingga ke jannαh dan jinjαng pelαmin.

 

Terdahulu, Farhan telah memberanikan diri untuk menghantar di DM Instagram Zulin ketika melihat Zulin tidak jadi kahwin di program Melodi.

Segala usaha yang dilakukan oleh Farhan menjadi kenyataan apabila Zulin menerimanya dan buktinya Zulin menerima dua bentuk cincin iaitu cincin merisik dan juga bertunang.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmymedia

[2] Gambar Utama: Berita Harian dan Instagram  Zulin Aziz

[3] Gambar-Gambar Lain: Instagram  Zulin Aziz

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.