Dirinya Begitu Rapat Dengan Tan Sri Vincent Tan, Apa Kaitan Hairul Azreen Dengan Jutαwan Itu?

Semenjak beberapa bulan ini, pelakon lelaki terkenal tanah air, Hairul Azreen dilihat begitu akrab dengan hartawan terkemuka di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Menerusi satu hantaran gambar di Instagram miliknya, kelihatan Hairul sedang menerima beberapa keping ‘angpau’ daripada billionair itu di pejabat milik hartawan itu iaitu di Berjaya Corporation Berhad.

Ternyata, perkongsian di Instagram Hairul Azreen meraih pelbagai resp0ns daripada netizen yang memper’soalkan hu’bungan rapat Hairul dengan jutawan terkenal itu apabila sering dilihat bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan bahawa Hairul sekeluarga begitu bertuah dan ini merupakan satu kurniaan rezeki buat mereka kerana dapat menemui juta’wan itu.

Terdahulu, selepas dibawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan menaiki jet peribadi milik juta’wan itu.

Berkongsikan momen manis itu di Instagram, Hairul berkata dia juga tidak menyangka dengan rezeki diberikan dan menyifatkan ianya rezeki anak-anak.

“Bila Tan Sri hubungi saya, tak sangka rezeki ni yang nak sampai. Permulaan yang baik tahun 2022, rezeki anak-anak,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Sementara itu, pelakon Hanis Zalikha turut berkongsikan video serta berbesar hati di atas jemputan tersebut. Kata Hanis lagi, ianya permulaan luar biasa untuk tahun 2022.

“A trip beyond our wildest imagination, so honoured to be invited by Tan Sri Vincent Tan on this dream vacation. MasyaAllah for this rezeki for the kids (and us tumpang) What a way to kick off 2022,” katanya.

Menerusi video tersebut, kedua anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan tersebut.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut teruja dan tumpang gembira dengan rezeki tersebut.

Oktober tahun lalu, Hairul sekeluarga dijemput menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan tersebut.

Hairul berkata mereka sekeluarga menerima undangan Tan Sri Vincent Tan yang ketika itu baru selesai berenang di Pulau Redang.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya dan Instagram Hairul Azreen

Leave a Reply

Your email address will not be published.