Bawa Keluarga Bercuti Di Pulau Redang, Tokti Kongsi Detik Afwa Naik Kapal Terbang Buat Ramai Terhibur

Sebut sahaja nama pasangan selebriti Siti Nurhaliza dan Datuk K pasti semua akan membayangkan telatah comel  kedua-dua anak mereka yang comel iaitu Aafiyah dan Afwa.

Lebih mesra disapa dengan Tokti, seringkali berkongsi momen-momen indah bersama keluarga di Instagram miliknya untuk dipaparkan kepada peminatnya yang menanti perkembangan terbaru artis kesayangan mereka.

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara itu telah berkesempatan makan angin bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersama dua anak kesayangan mereka, Muhammad Afwa dan Siti Aafiyah.

Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut berkongsi Insta Story detik percutiannya itu khas buat peminatnya yang menunggu.

Dalam pada itu, Tokti dan keluarga telah pergi bercuti di Pulau Redang, Terengganu di mana dia memasukkan beberapa foto dia sekeluarga berada di dalam pesawat kapal terbang untuk menuju ke lokasi percutian mereka.

Sebagai mana yang dikatakan oleh Tokti, ini merupakan pengalaman kali pertama anak keduanya, Muhammad Afwa menaiki pengangkutan awam seperti kapal terbang di atas udara.

“Alhamdulillah, first time bawa Afwa naik flight..good boy ibu.

“Sepanjang dalam flight, Afwa sleep & mudahkan ibu sampaila dah sampai,” ujar Tokti dalam kapsyennya.

Terdahulu, kemunculan Tokti sebagai tetamu undangan Sepahtu Reunion Live menjadi perhatian ramai.

Namun, siapa sangka Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti pandai berlakon. Rata-rata netizen memuji Tokti membawakan watak sebagai kakak kepada Jep Sepahtu.

Kata netizen, rata-rata netizen tidak menyangka Tokti yang selalu berada di pentas untuk menghiburkan peminat ada sisi kelakarnya. Turut menyanyi dalam program tersebut, vokal Tokti masih hebat dan berb!sa.


Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Tokti mengatakan dia tidaklah pandai berlakon dan pembabitan itu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk makluman, Tokti telah melangsung perkahwinan dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tarikh 21 Ogos 2006.

Melalui  perkahwinan itu, mereka dianugerahkan dua orang anak bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.

Sumber:

[1] Rujukan: Sinetron Malaya

[2] Gambar Utama: Instagram Siti Nurhaliza Tarudin dan Gempak

[3] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya dan Instagram Siti Nurhaliza Tarudin

Leave a Reply

Your email address will not be published.