(Video) “Hidayah itu milik Allah..” Penampilan Terbaru Izara Aishah, Undang Pujian Ramai

Umum mengetahui tentang penghijrahan pelakon cantik Izara Aishah pada tahun lalu. 

Penampilan terbaharunya mendapat sokongan ramai dan memuji akan perubahannya yang bertudung labuh sepenuhnya. 

Apa yang menarik perhatian apabila satu rakaman video di TikTok memperlihatkan Izara sedang menjamu selera bersama anak perempuannya, Irisa Alaia. 

Penampilan terbaharunya yang malu-malu mendapat pujian warga TikTok dengan 60, 000 tanda suka beserta komen yang positif. 

Di bawah adalah video yang dikongsi oleh @ceritaartismalaysia.my: 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata merasa kagum dengan perubahan pelakon drama Ombak Rindu dan ada juga ingin mengikut jejak langkanya. 

Selain daripada itu, Izara juga digemari peminat kerana dia antara selebriti wanita yang kurang terkait dengan kontroversi selain berbakat dalam bidang lakonan. 

Untuk rekod, Izara Aishah telah berkahwin dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, anak Datuk K iaitu Muhammad Adib pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Irisa Alaia. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, newzpower

[2] Gambar utama dan gambar lain, izaraaishahofficial, @ceritaartismalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.