
Penyanyi Misha Omar tampil memohon maaf kepada wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Hal ini kerana, dia dan suami kini sedang menjalani rawatan kesuburan IVF (persenyawaan in-vitro) dan berkemungkinan ada yang terasa hati dengan tindakannya.
“Saya tidak mahu bercerita lanjut lagi mengenai rawatan kesuburan yang saya lakukan ini. Cuma buat masa sekarang ni saya akan beritahu.
“Bukan apa, rupanya selama ini bila saya kongsi mengenai ini secara terang ada wanita yang sedang struggle untuk mendapatkan anak terasa hati. Saya faham dalam soal zuriat ini semua orang sensitif.
“Jadi saya minta maaf jika ada yang terasa hati hari itu…,” beritahunya kepada Astro Gempak.
Sebelum ini, Misha Omar ada memuat naik di laman instagramnya mengenai dirinya yang sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Selain itu, Misha juga meletakkan hashtag #menjejakkhadeja dan berhasrat untuk mendapatkan anak perempuan.
Menerusi perkongsian tersebut, dia tidak menyangka ada hati yang tersinggung.
“Saya ingat saya mahu memberi kesedaran sahaja bahawa meskipun saya sudah lewat tetapi tidak pernah berputus asa.
“Saya nak beritahu kita sama sedang berusaha, tak kiralah saya ni artis ke orang biasa itu semua rezeki dari Allah.
“Jadi jangan pandang dari sudut yang sedih kerana benda ini pasti akan jadi perkara sensitive,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Misha Omar berkahwin dengan seorang juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, gempak
[2] Gambar utama, xtra, ohbulan
[3] Gambar lain, rotikaya