(Video) Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz, Zulin Aziz Dedahkan Keperibadian Suami

Sekitar 9.20 pagi, pelakon dan pengacara, Zuliz Aziz selamat diijabkabulkan dan bergelar isteri kepada Farhan Norzaini.

Akad nikah berlangsung di Masjid Negara dan dinikahkan oleh Imam Besar Ehsan Mohd Hosni berwa’likan abang Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.

Menerusi mStar, Zulin Aziz menerima wang hantaran sebanyak RM 30, 000, sebentuk cincin dengan mas kawin RM 80.

Zulin juga menerima 5 dulang hantaran berba’las 7 daripada pasangannya itu.

Namun, perkahwinan itu dihadiri hanya daripada keluarga terdekat.

Antara luahan Zulin adalah seperti berikut:

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kehadiran suami 2 tahun lalu mengubah perjalanan kehidupan saya.”

“Kami akhirnya disatukan setelah 2 tahun bersama bermula sebagai kawan dan kini sebagai suami dan isteri.” ulasnya.

Selain itu, majlis resepsi Zulin dan pasangannya bakal diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam ini.

Antara komen-komen artis lain adalah seperti berikut:

 

 

Terdahulu, Zulin ada memuat naik satu entri berkongsikan kegembiraan menyambut ulang tahun kelahiran kekasih hatinya, Farhan Norzaini yang ke-34.

Menerusi entri itu, Zulin turut memuji sikap kekasihnya yang bertangungjawab serta tidak berkira dari segi kud’rat dan juga duit.

Dalam pada itu, Zulin turut mengatakan ada kebaikannya dikurniakan kekasih yang te’gas kerana dia seorang yang ke’ras kepala.

“Dia sangat bertanggungjawab dengan family. Sentiasa kerja keras demi bahagiakan kami. Dia te’gas! bagus juga. Zulin kan kepala batu.”

“Tapi dia sangat penyayang.. Dia jaga kita sedaya dia. Tak pernah berkira kud’rat,duit. Ya Allah lim’pahkan rezeki buatnya ya Allah,” ujarnya.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya dan mStar

[2] Gambar komen, Instagram Zulin Aziz 

[3] Gambar utama, Instagram Zulin Aziz  dan mStar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.