“Bila member kau jenis marah tapi..” Gelagat Ratu Rock Ella Di The Mask Singer Malaysia 2, Curi Tumpuan Peminat

The Mask Singer Malaysia 2 sudah memasuki minggu ke 3 siaran dan dipertontonkan di saluran Astro. 

Rata-rata juri pening untuk meneka siapakah penyanyi disebalik topeng masing-masing. 

Antara juri-juri tetap yang memeriahkan konsert TMSM2 itu tidak lain Aznil Nawani atau Pak Nil, Zizan Razak, Raja Azura atau Kak Engku, Ramona Zam Zam, Remy Ishak, Amy Mastura dan juga Ella Aminuddin atau Ella. 

Masing-masing mempunyai pendapat sendiri dalam meneka siapakah bintang disebalik topeng dan kerenah juri dalam meneka juga salah satu tarikan dalam program tersebut. 

Antara yang menarik perhatian peminat ialah ratu rock Malaysia iaitu Ella dengan gaya manja dan lemah lembutnya. 

Ella Aminuddin antara juri tetap The Masked Singer Malaysia 2 ternyata paling dinantikan peminat dengan telatahnya yang manja untuk berikan komen kepada bintang-bintang TMSM2. 

Umum sedia maklum dengan gaya dan perwatakan Ella sejak dulu lagi ‘ gedik manja’ dan sekali lagi, ibu saudara kepada penyanyi Kaka Azraf menarik minat serta disukai netizen. 

Sikap bersahaja Ella yang teragak-agak untuk meneka setiap kali tiba gilirannya melucukan. 

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan komen tercuit dengan telatah ‘gedik manja’ Ella dan membuatkan mereka tidak jadi untuk marah. 

Dalam perkembangan lain, Ella telah menikah dengan Azhar Ghazali, seorang juruterbang pada Julai 2012. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar utama, ellaaminuddins

 [3] Gambar lain, astrogempak, ellaaminuddins

Leave a Reply

Your email address will not be published.