“Cair la bila Oppa siap minta maaf sebab..” Han Byul Makin Fasih Cakap Bahasa Melayu, Buat Ramai Netizen Kagum

Baru-baru ini, johan Big Stage musim kedua Han Byul telah menar1k perhatian ramai apabila terdapat satu video di mana dia begitu fasih dan lancar berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari Korea Selatan ini menjadi tumpuan ramai ketika menjadi juri juara undangan dalam konsert Big Stage 2022 telah membuat ramai kagum dengan penggunaan bahasa melayunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAN BYUL / 장한별 (@onestarbyul)

Walaupun tidaklah sebegitu lancar seperti penutur asal, tetapi usaha dia untuk memartabatkan penggunaan bahasa melayu sewajarnya menjadi ikutan ramai.

Ramai netizen turut memuji tindakan Han Byul yang begitu bersungguh-sungguh untuk bertutur dalam bahasa Melayu.

Tambahan pula, ada juga netizen begitu terpesona dan ‘cair’ apabila melihat orang Korea pandai bercakap dalam bahasa Melayu.

“Ini tahun kedua or ketiga Han Byul di Malaysia dan dia boleh cakap Melayu,”

“Saya kagum sebenarnya apabila Han Byul boleh cakap bahasa Malaysia.”

“Tak mαlu ke jadi Melayu asyik nak acah speaking sedangkan Han Byul try hαrd nak cakap Melayu? Dia respect dan sedar di Malaysia,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAN BYUL / 장한별 (@onestarbyul)

“Oppa cakap Melayu? Oh my, cair weh,” tulis beberapa warganet di Twitter.

Tambahan pula, ada juga netizen yang memuji sikap ‘humble’ Han Byul yang mem0h0n maaf kerana ingin menukar bahasa ketika dia melaksanakan sesi penjurian.

“Han Byul say s0rry bila dia nak cakap English, bagus betul,” ujar seorang netizen.

“Cair la bila Oppa minta maaf sebab nak speaking,” kata netizen dalam nada memuji tindakan Han Byul.

Untuk makluman, dalam malam Big Stage 2022 itu, penyanyi Lia Aziz menjadi peserta seterusnya yang tersμngkμr pada konsert ketiga pertandingan itu.

Dia hanya sekadar mendapat markah daripada juri iaitu 55% sekaligus tidak berjaya meneruskan legasi dalam pertandingan ini yang akan meneruskan di minggu keempat pada minggu hadapan.

Sebagai rekod, Lia Aziz mendendangkan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah yang dikatakan kurang mendapat tempat di hati juri.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: Awani dan Instagram Han Byul

[3] Gambar-Gambar Lain: Iluminasi dan Instagram Han Byul

Leave a Reply

Your email address will not be published.