(Video) “Muka macam Rahim, tapi suara macam..” Muat Naik Cover Lagu, Sekali Lain Pula Netizen Perasan

Peminat lagu tidak kira tempatan atau luar negara semestinya akan menyanyikan lagu kesukaan mereka untuk dirakamkan dan ia digelar ‘cover lagu’. 

Mempunyai suara yang unik ataupun seakan-akan mana-mana artis semestinya akan menarik minat para pengikut untuk sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

Hal ini sama dengan seorang jejaka yang sering memuat naik video dirinya membuat ‘cover lagu’ penyanyi-penyanyi terkenal. 

Sering mendendangkan lagu-lagu ‘evergreen’ di laman TikTok miliknya iaitu @deilimhani, pemilik nama paman deil telah menarik perhatian pengikutnya apabila dia mendendangkan lagu yang dinyanyikan oleh Awie. 

Deil yang pada asalnya hanya membalas komen salah seorang pengikutnya yang menyatakan tone seperti Awie, dia membawakan lagu Senja Nan Merah. 

Meninjau ke ruangan komen pula, ada yang memetik nama Rahim Sepahtu dek kerana wajahnya yang seakan sama dengan wajah pelawak tersebut. 

Namun, perdebatan tentang muka seiras artis mana menjadi hangat dan ada yang membandingkan wajahnya dengan Micheal Ang dan juga P. Ramli. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinetronmalaya

[2] Gambar utama, @deilimhani, 

[3] Gambar lain, rahimr2, awieofficial

[4] Video, @deilimhani, 

Leave a Reply

Your email address will not be published.