Ramai Pertikαi Tindakannya Lari Dari Tugas Asal ‘Presiden Netizen’, DS Vida Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sepertimana yang semua sedia maklum, kedudukan dan posisi Datuk Seri Vida dalam konsert mingguan Big Stage 2022 adalah selaku Presiden Netizen.

Umum mengetahui, peranannya dalam posisi tersebut adalah untuk membaca semula ciapan-ciapan yang berkait dengan program tersebut yang diluahkan oleh netizen di laman Twitter.

Tetapi apa yang kita lihat sepanjang konsert mingguan Big Stage ini, DS Vida seolah-0lah lebih kepada ingin memberi komen peribadinya berbanding membaca komen-komen netizen di Twitter.

Hal ini semakin jelas dalam konsert minggu ketiga yang mana Vida kurang membaca ciapan-ciapan daripada netizen sebaliknya memberikan komen sendiri daripada dirinya.

Oleh sebab itu, tindakan DS Vida ini telah mendatangkan sedikit kekec0han dalam kalangan warganet yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh usahawan terkenal adalah tidak sesuai dengan tugas sebenarnya.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Hasmiza binti Othman, 52, menyatakan bahawa dia langsung tidak terlintas untuk tidak membaca komen daripada netizen dan menidakkan tugas hakikinya selaku Presiden Netizen.

Tambah Vida, dia mel0ntarkan komen berlandaskan kepada pandangannya kerana komen dan ciapan yang ditap1s tidak menunjukkan persembahan para peserta secara menyeluruh.

“Ya betul tugas saya membaca tweet berkenaan dengan persembahan peserta Big Stage 2022. Tetapi, banyak sangat tweet yang dihantar bercerita tentang saya dengan Iqbal. Saya tidak mahu lagi men!mbulkan isμ.

“Jadi, apa yang boleh saya buat adalah memberikan komen kepada persembahan mereka,” katanya kepada semua.

“Saya reti juga pasal muzik. Saya juga seorang pencinta lagu. Tak tahu ke saya dalam industri ni dah lama? Nak suruh saya sampai ada ijazah ke?” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, ushawan penuh k0ntr0versi itu turut tidak suka akan dengan peny1ngk1ran penyanyi Lia Aziz pada malam itu.

“Bagi saya, yang kurang menyerlah Megat Rahim. Mungkin markah juri berpihak padanya. Lia Aziz perform lebih baik dan persembahannya juga ok menurut saya,” jelas Vida lagi.

Sebelum ini, Lia Aziz disahkan menjadi peserta kedua yang ters1ngk1r selepas Iqbal di pentas Big Stage 2022.

Dia mendendangkan lagu Kisah Hati yang pernah dipopularkan oleh Datin Alyah.

Sekadar info, sebanyak 10 peserta lagi yang t1nggal bakal meneruskan perjuangan dalam konsert Big Stage 2022 iaitu Aziz, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdillah dan Aisha Retno.

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: Mstar & Instagram DS Vida

[3] Gambar-Gambar Lain: Instagram DS Vida

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.