Pemilik Kucing Lega Setelah Kucing Kesayangannya Ditemui, Luah Kenapa Sanggup Tawar RM10,000

Semalam, tular di media sosial mengenai kehilangan kucing kesayangan milik seorang pemuda bernama Alex Hooi. 

Kucing berkenaan yang diberi nama Tekka dipercayai hilang pada 22 Februari dan kali terakhir dilihat melalui kamera litar tertutup (CCTV) dimana Tekka terjun ke rumah jiran pada 6.30 pagi. 

Bimbang dengan keberadaan kucing kesayangan yang telah dijaga sejak 2 tahun lalu, Alex mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran yang lumayan berupa wang tunai sebanyak RM 10, 000. 

 

Terbaharu, Alex akhirnya dapat menarik nafas lega setelah 2 hari tidak keruan dengan kehilangan kucingnya itu apabila seorang individu menemui kucingnya ketika sedang berjogging pagi tadi. 

Hal ini, menunjukkan hasil usaha Alex membuahkan hasil apabila dia tidak putus menyebarkan tentang kucingnya beserta ganjaran di pelbagai laman sosial seperti Facebook serta Instagram selain berkongsi di aplikasi WhatsApp. 

Individu yang menemukan Tekka adalah jiran Alex sendiri juga berkata bahawa dia mengetahui akan berita kehilangan kucing tersebut di media sosial dan tisak mengharapkan ganjaran selain ikhlas membantu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alex Hooi Kuan Wai (@alexhooi)

“Tekka adalah kucing kedua yang saya selamatkan. Mukanya kelihatan lebih kurang sama dengan kucing pertama yang saya selamatkan (Ochi). Tekka tidak mengambil masa yang lama untuk serasi dengan Ochi yang dianggap sebagai ‘kakak’ dan begitu melindunginya walaupun ia lebih besar daripada Ochi dan kini kucing yang paling besar dalam peliharaan saya. 

“Dulu Tekka hidup sendirian di jalanan tapi ia sangat penyayang dan suka bermain,” ujar Alex 

Alex menjelaskan, dia sanggup lakukan apa saja asalkan Tekka dijumpai tidak kira hidup atau mati dan mengenai ganjaran yang dikeluarkan itu, nilai tersebut tidak dapat digantikan dengan Tekka kesayangannya. 

“Saya rasa semua pemilik haiwan peliharaan tahu betapa berharganya mereka kepada pemilik. Tekka adalah anak lelaki kami, dia sangat rapat dengan isteri saya,” tambahnya lagi.

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama, mstar, alexhooi

Leave a Reply

Your email address will not be published.