
Seperti mana yang kita ketahui, setiap kali tibanya majlis perkahwinan sahabat atau saudara mara kita pastinya kita semua menjadi pen!ng dan sukαr untuk membeli hadiah kepada pasangan pengantin baru ini.
Sudah semestinya kita mahu memastikan hadiah yang diberikan itu adalah hadiah yang terbaik untuk mereka di masa hadapan.
Melalui satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Ain Fatin Lyana, memaparkan sekumpulan rakan kepada pengantin telah memberikan hadiah kepada hadiah kepada pasangan pengantin baru.
Dapat dilihat dari video yang dikongsikan oleh majikan kepada pengantin perempuan ini, kesemua rakan-rakan sekerja pengantin membawa hadiah berupa barangan kelengkapan rumah.
Malah bukan itu saja, bos kepada pengantin perempuan itu juga ada memberikan hadiah kereta Myvi sebagai hadiah untuk pengantin perempuan, yang dah tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat.
Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji rakan-rakan pengantin kerana memberikan hadiah berguna untuk mereka dan tak kurang yang turut terhibur dengan gelagat rakan-rakan pengantin bersama hadiah yang diberikan mereka.
Sekadar perkongsian dan terima kasih.
Sumber:
[1] Rujukan, Siakap Keli
[2] Gambar dan Video, Tiktok makcikpondesyen