Jam Tangan Mewah Putera Mateen Tarik Perhatian Netizen, Ramai Terkεjut Bila Tahu Harga Jam Ini

Baru-baru ini, kelibat Putera Abdul Mateen yang segak berseragam tεntεra semasa menyambut Hari Kemerdekaan Brunei yang ke-38 telah menarik perhatian ramai di media sosial terutamanya golongan wanita yang begitu meminati putera yang kacak dan tampan ini.

Dalam pada itu, selain penampilannya begitu menarik, apa yang mendapat perhatian ramai adalah jam tangan berjenama Jaegar LeCouture yang dipakai oleh beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @bruneiroyalfamily

Jam tangan mewah yang dipakai oleh putera diraja Brunei ini kelihatan begitu ringkas adalah jenama tangan mewah yang begitu ternama di dunia.

Tambahan pula, jam tangan ini merupakan antara jam tangan pilihan ramai golongan kerαbat diraja, elit dan bangsαwan.

Hal ini kerana setiap jam yang dihasilkan perlulah dipastikan kualiti, perincian teliti dan kesempurnaannya.

Untuk makluman semua, melalui carian di Google, harga jam tangan mewah yang dipakai oleh Putera Mateen ini adalah sejenis koleksi Reverso Tribute Monoface Small Seconds yang dianggar bernilai €8400 atau RM39,000.00.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang menarik perhatian dan kebanyakkannya begitu berbangga dengan apa yang Puteri Mateen pakai.

Sekadar info, Putera Mateen pernah mewakili Negara Brunei Darussalam dalam sukan polo dan telah berjaya mendapat pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau juga menerima pendidikan rendah di Sekolah St. Andrews dan meneruskan pendidikan menengah di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Sinetron Malaya

[2] Gambar-Gambar Lain: Instagram Bruneiroyalfamily dan Instagram Putera Mateem

Leave a Reply

Your email address will not be published.