“Akhirnya Allah hadiahkan you..” Hantaran Terbaharu Di IG Timbul Tanda Tanya, Zalif Sidek Bakal Tαmat Zaman Bujαng?

Baru-baru ini, pelakon lelaki, Zalif Sidek telah mendedikasikan satu coretan yang penuh makna kepada bakal suri hatinya, Anis Marzuki.

Sebelum menamatkan zaman bujangnya, melalui hantaran di Instagram miliknya, Zalif meluahkan rasa lega dan syukur kerana dij0d0hkan dengan wanita itu.

“Akhirnya Allah S.W.T hadiahkan you gantikan arwαh Pαpα untuk I yang kita baru kenal 10 bulan dan dij0d0hkan oleh kedua belah keluarga.

“Cantik rupanya perancangan Allah S.W.T dan moga kita semua berpimpin tangan bahagia hingga ke pintu syurga,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama juga, Zalif juga meminta maaf kepada semua kerana dia tidak dapat menjemput ramai tetamu bagi majlis istimewanya itu.

Hal ini kerana dia mengikut kepada pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan oleh MKN.

“Saya dan seluruh keluarga mem0hon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP dia Kuantan Pahang hanya membenarkan max 360 pax tetamu sahaja.

“Hal ini kerana kes c0v1d yang masih meningkat,” coret Zalif.

“Jutaan terima kasih buat semua keluarga, saudara mara yang jauh atau tak dapat hadir mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami,” jelasnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah kepada Zalif dan bakal isteri bagi majlis mereka.

Untuk makluman, Zalif dan Anis difahamkan sedang bersiap-siap untuk menghadapi majlis akad nikah hari ini.

Sebagai rekod, Zalif Sidek dilahirkan dan membesar di Kuala Terengganu, Terengganu.

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang juga sepupu kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sekitar 2012,

Namun hubungan mereka berakhir akibat beberapa perkara tertentu.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: Instagram Zalif Sidek

[3] Gambar-Gambar Lain: Instagram Anis Marzuki dan Instagram Zalif Sidek

Leave a Reply

Your email address will not be published.