“Abang viva tolong kami” Sekali Nama Azwan Omar Dipetik Untuk Misi Bantuan Di Pantai Timur Pula

Banjir di bulan Februari merupakan sesuatu yang luar biasa, kali ini banjir berlaku di sekitar pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. 

Sejak semalam lagi berita mengenai kenaikan air di kawasan sekitar Terengganu seperti ada yang memanjat bumbung rumah serta berlindung di tempat yang tinggi untuk menyelamatkan diri. 

 

Walaupun bantuan sudah dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir, namun masih ada yang terkandas dan masih belum mendapat pertolongan. 

Susulan daripada itu, ramai yang memetik nama Abang Viva melalui media sosial Facebook untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang terperangkap dalam banjir. 

Menerusi laman Facebook, mereka yang terkandas meminta bantuan daripada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar. 

Berikut adalah antara hantaran pengguna Facebook yang memetik nama Azwan: 

Selain itu, ada satu hantaran mengenai perbualan menerusi direct message (DM) antara Farah Rusdi dan Azwan dimana Azwan kini sedang bersiap-siap untuk menuju ke lokasi banjir untuk memberikan bantuan. 

Selain itu, Azwan juga mengucapkan terima kasih kepada Farah kerana memaklumkannya berkenaan banjir yang berlaku di pantai timur. 

Meninjau ke ruangan media sosial Azwan pula, setakat ini belum ada perkembangan tentang keberadaannya. 

Sebelum ini, Azwan diangkat sebagai ‘unsung Hero’ oleh orang ramai apabila dirinya tampil dengan hanya menaiki kereta viva milik kakaknya dan berbekalkan duit RM 50 untuk membantu mangsa banjir di Selangor. 

Sejak daripada itu, nama Abang Viva melekat di hati rakyat kerana sikapnya yang merendah diri dan tidak mengambil kesempatan apabila dihulurkan pelbagai hadiah. 

Terdahulu, Abang Viva juga pernah mendapat pelbagai hadiah dan ganjaran atas keprihatinannya dalam membantu mangsa-mangsa banjir. 

Antara hadiah yang diperolehi seperti Superbike jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa aksesori oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam, 4×4 oleh usahawan kosmetik serta pingat keberanian daripada Jabatan Pertahanan Awam Melaka. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia, kosmo

[2] Gambar utama dan gambar lain, ohmymedia, shahasan22, ArenaMotorOfficial, newswav

Leave a Reply

Your email address will not be published.