(Video) Bermain Bersama Jaguh Badminton Negara, Sekali Gaya Tok Ti Cµri Tumpuan

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya seorang yang aktif dalam bersukan selepas kelahiran anak kedua. 

Untuk mendapatkan stamina dan kecerdasan, Datuk Siti atau mesra dipanggil Tok Ti sebelum ini menjadikan aktiviti berkayuh basikal bersama suaminya Datuk Khalid sebagai aktiviti hujung minggu. 

“Bersukan merupakan salah satu cara saya lepaskan tekanan dan dapatkan tubuh badan lebih sihat. Secara tak langsung minda pun jadi lebih tenang lepas bersukan. 

“Saya suka kalau dapat buat banyak aktiviti bersukan macam ini tapi itulah kadang-kadang masa. Kalau berpeluang pasti saya rancang setiap bulan. 

“Sebelum ini saya pernah menyertai aktiviti sukan bersama rakan artis, ramai yang pandai main badminton dan bola jaring. Masing-masing ada semangat seorang atlit cumanya kita tak ada masa nak tunjukkan bakat,” ujarnya kepada mStar. 

Terbaharu, Tok Ti ada memuat naik beberapa keping foto dan video di laman sosial instagram miliknya sedang bermain badminton. 

Menurutnya, perlawanan persahabatan badminton itu berlangsung di Twin Towers Fitness Centre, KLCC, Kuala Lumpur bersama bekas pemain negara iaitu Tan Boon Heong. 

Antara perkongsian yang menarik perhatian ketika Tok Ti sedang bermain, namun sempat berposing gara-gara tidak dapat menangkap shutter yang diberikan.

Tok Ti dan Tan Boon Heong meluangkan masa selama 3 jam di gelanggang dan tidak hanya mereka berdua selain disertai oleh Saida Tarudin dan Syahmi Irfan. 

Tan Boon Heong yang juga duta produk minuman sarang burubg Beaunest keluaran Beausiti turut menyatakan keterujaan bermain badminton bersama Tok Ti. 

“Saya sebenarnya tak puas lagi main badminton dengan beliau tapi disebabkan ini majlis jadi kami kena ikut aturcara yang disediakan, mungkin selepas ini kita boleh buat lebih banyak aktiviti sukan badminton,” kata bekas pemain badminton negara. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama, ctdk

[3] Gambar lain, syahmiirfannn, ctdk

[4] Video, ctdk

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.