Yang Diseru Sudah Sampai, Ini Perkembangan Terkini Abang Viva

Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita mengenai suasana banjir di kawasan pantai timur yang dikatakan jarang berlaku. 

Hal ini kerana, kejadian banjir yang terjadi pada bulan Februari dan mengakibatkan beberapa daerah di negeri Terengganu dan Kelantan dinaiki air secara mendadak. 

Oleh yang demikian, nama Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dipetik dilaman media sosial Facebook oleh beberapa pengguna untuk datang membantu mereka yang terkandar di kediaman mereka akibat daripada air naik secara mendadak. 

Ada yang mengambil keputusan terus menghubungi Azwan melalui direct message (DM) di akaun Facebooknya dan mendapat maklum balas yang menggembirakan daripada Azwan. 

Dimaklumkan, Azwan telah bertolak ke Terengganu pada malam tadi bersama 2 bua kereta lain bersama bot bagi menghulurkan bantuan.

 

Azwan juga sempat bersiaran langsung menerusi akaun Facebooknya untuk bertanyakan lokasi kawasan banjir yang perlu dituju. 

Azwan dan pasukannya selamat sampai di daerah Hulu Terengganu pada pukul 4.50 pagi. 

Walaupun kebanyakan kawasan telah surut, namun Azwan dan pasukan masih terus mencari lokasi yang terjejas teruk bagi menghulurkan bantuan. 

Melihat ke ruangan komen pada siaran langsung Azwan, ramai yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan. 

Untuk rekod, nama Abang Viva tular selepas dirinya datang ke Shah Alam dengan kereta viva, sebuah bot beserta duit RM50 bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkandas di sana. 

Azwan juga yang pada ketika itu bergerak solo dari Melaka hanya untuk membantu merreka yang dalam kesusahan tanpa memikirkan kepenatan.  

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar utama dan gambar lain, ArenaMotorOfficial, azwan1992

Leave a Reply

Your email address will not be published.