Jual Semua Aset Termasuk Kereta Mewah dan Rumah Banglo, Safiey Illias Bakal Berhijrah Ke Bangkok?

Baru-baru ini, terdapat satu k0ntr0versi sudah berbunyi di mana mengatakan bahawa usahawan kosmetik, Safiey Illias akan berpindah ke Bangkok, Thailand.

Namun, dia menafikan dakwaan berikut melalui satu hantaran terbaharu di Instagramnya yang mengata dia masih sayangkan Malaysia dan ibu serta bapanya.

“Tak laaa…Saya masih sayang Malaysia dan mak ayah saya,” ulas Safiey di dalam hantaran IGnya.

Dalam satu keratan akhbar Metro, telah membuat satu spekulasi mengatakan Safiey akan berhijrah ke Bangkok dek kerana dia telah menjual semua asetnya yang melibatkan kediamannya, isi rumah dan kereta mewahnya.

Namun, bila di soal tentang bakal berpindah ke Bangkok, Safiey menyatakan bahawa itu adalah jalan terakhir untuk kehidupannya yang lebih baik.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Safiey, dan dia begitu terhαru dengan keprihatinan mereka terhadapnya.

“Terharu sangat-sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk berbisnes dan bangkit balik.

“Dulu saya tak sedar sangat benda-benda ni. Tapi bila dalam situasi sekarang, dapat komen camni pun rasa tersεntuh dan bersyukur sangat-sangat.

Bersyukur dapat bantu orang. Bersyukur dulu dapat tolong orang jana income. Terima kasih korang semua,” ujarnya.

Terdahulu, Safiey pernah mengambil keputusan untuk menjual kereta mewahnya yang berjenama Ford Mustang.

Pemilik nama sebenar, Mohd Saifuddin Ilias menyatakan bahawa kereta mewah yang dibelinya pada tahun 2016 itu akan dijual dengan harga RM270,000.

“Memang sed!h apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.

Dalam pada itu, ushawan kosmetik yang penuh popular dengan lagu Syinta G!la itu menyatakan bahawa wang yang dia dapat hasil daripada jualan asetnya itu akan digunakan untuk memulakan sesuatu bisnes baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safiey Ilias (@safieyillias94)

Sebagai info, Safiey Ilias merupakan jutawan kosmetik yang berjaya dan telah mencipta nama dalam bidang hiburan.

Hanya sekadar ingin mencuba nasib dalam bidang nyanyian, single pertama yang berjudul Syinta G!la menjadi popular di Youtube.

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: Instagram Safiey Ilias

[3] Gambar Lain: Kosmo, Sinar Harian dan Instagram Safiey Ilias

Leave a Reply

Your email address will not be published.