(Video) “Isteri kaki bµli…” DS Aliff Syukri Muat Naik Video Kena Bµli, Bikin Netizen Terhibur

Menjalani alam rumah tangga bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerapa masing-masing perlu ada sikap toleransi dan juga komitmen dengan tanggungjawab setiap pasangan. 

Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida sudah bersama belasaan tahun, sudah mengenali perangai masing-masing. 

Para netizen juga memuji sikap Datin Shahida yang setia dengan DS Aliff Syukri serta melayan kerenahnya. 

Sering terpalit dengan kontroversi, kini DS Aliff Syukri memaklumkan dirinya sudah berubah kearah kebaikan dan disambut positif oleh warganet. 

DS Aliff Syukri sering berkongsi video-video lucu bergandingan bersama isterinya membuatkan peminat terhibur serta ternanti-nanti video lakonan mereka berdua. 

Terbaharu, DS Aliff Syukri ada berkongsi video dilaman instagram miliknya yang nyata mencuit hati mereka yang menontonnya. 

“Isteri kaki bµli…tag pasangan korang. 

“Sepatutnya isteri kena la layan suami dgn kasih sayang kan… 

“Ni tak kita pula jadi org suruhan…lepas tu pandai pula berlakon bila mak kita dtg terus dia pura2 rajin.. 

“Baik bagaii..siapa pernah alami perkara mcm ni komen dibawah,” kapsyen DS Aliff Syukri. 

Perkongsian tersebut meraih lebih 20 ribu tanda suka dalam hanya 6 jam. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terhibur dengan aksi lakonan spontan mereka suami isteri. 

Untuk rekod DS Aliff Syukri pernah terlibat dalam dunia lakonan baik filem mahupun drama. 

Selain itu, DS Aliff Syukri juga mengeluarkan beberapa buah lagu nyanyiannya. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kdnews.site

[2] Gambar utama, aliffsyukriterlajaklaris

[3] Video, aliffsyukriterlajaklaris

Leave a Reply

Your email address will not be published.