“Kami tak ada masalah nak tunjuk, tapi…” Akhirnya PU Riz Dedah Kenapa Masih ‘Rahsiakan’ Wajah Bayinya

Mendapat cahaya mata sulung adalah pengalaman terindah bagi setiap pasangan suami isteri dan semestinya mereka akan melalui satu pengalaman baru sebagai ibu baoa. 

Hal ini sama seperti pasangan selebriti Neelofa dan PU Haris yang baru sahaja bergelar ibu bapa pada 31 Januari lalu. 

Walau bagaimanapun, putera mereka yang diberi nama Muhammad Bilal masih tidak didedahkan kepada umum. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Ibu Neelofa sendiri, Noor Kartini juga memaklumkan sebelum ini bahawa keluarga mereka di Kelantan juga masih belum dapat melihat wajah sebenar Bilal. 

Haris yang hadir pada program MeleTOP malam tadi menyatakan pendirian mereka tentang ‘merahsiakan’ wajah anak mereka ketika ditanya oleh hos Elly Mazlein. 

“Sebenarnya tak jadi masalah nak tunjuk anak, tapi saya jawab dengan hadis yang antaranya menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan. 

“Khuwatir kalau ada yang menengok..sabar,” katanya. 

Haris juga masih belum memberitahu bila dia akan berkongsi wajah Bilal kepada semua. 

Ketika ditanya mengenai pengalaman pertama kali bergelar seorang bapa, Haris menyatakan mereka menjalani kehidupan dengan penuh bersederhana sambil membahasakan dirinya sebagai Abah. 

“Sederhana saja, tapi semua pun tahu tidur pun tak berapa cukup. Kita menolong isteri. Selalunya selepas bersalin mereka ada postpartum (kemurungan). 

“Ummi kita tak ada apa, Alhamdulillah,” tambahnya lagi. 

Haris juga memberitahu tentang nama anaknya Bilal adalah keputusan bersama dan bersempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Bilal Bin Rabah. 

“Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama. 

“Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ini buat menangis dengar. 

“Jadi kami ambil berkat mega (Bilal) jadi anak soleh,” jelasnya. 

Untuk rekod, pasangan Haris dan Neelofa berkahwin pada Mac 2021 dan sebelum ini Neelofa merahsiakan kehamilannya sehingga diketahui umum apabila perutnya sudah tidak dapat disembunyi lagi. 

Rata-rata peminat teruja dengan kehamilan usahawan selebriti ini sehinggakan ada yang tidak sabar untuk melihat wajah bayinya selepas lahir. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, gempak

[2] Gambar utama, neelofa

[3] Gambar lain, neelofa, hrisbismail

Leave a Reply

Your email address will not be published.