(Video) “Cantiknya dia, putih..” Tular Rakaman Penjual Pau Cantik, Ini Rupanya Identiti Sebenar Penjual Pau Tepi Jalan

Tular di laman Facebook sejak semalam berkenaan video seorang penjual pau di sebuah gerai tepi jalan. 

Menerusi video terssebut, seorang wanita sedang menjual pau kepada seorang lelaki sambil dirakam oleh isteri pembeli tersebut. 

Apa yang menariknya, isteri kepada pembeli lelaki itu sempat memuji serta menyakat suaminya yang seolah-olah sudah terpikat dengan kecantikan penjual pau tersebut. 

Video yang berdurasi 28 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sayangi Penangku telah tular dengan lebih 2 ribu perkongsian dan komen daripada warga maya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikkan penjual wanita berkenaan setelah mengetahui idenditi sebenarnya. 

Menerjah ke laman instagram penyanyi tersebut, ternyata betul itu adalah Bienda dan dia sudah mula berniaga sejak Disember tahun lalu. 

Selain itu juga, ramai rakan artis sudahpun membeli pau dengan nama Papapau yang memiliki pelbagai jenis perisa, antaranya Zizan Razak, Ardell dan suami dan ramai lagi.

Untuk rekod, Bienda atau nama penuhnya Nor Razlinda sudah bernikah pada Oktober 2009 dengan Kamarul Zariman Abdul Rahman dan dikurniakan dua orang cahaya mata. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohmymedia

[2] Gambar utama, farahazman167, biendalovers

[3] Gambar lain, farahazman167, biendalovers

[4] Video, farahazman16

Leave a Reply

Your email address will not be published.