(Video) Zara Zya Beli Kereta Impian, Harga Sebenar Kereta Mewah Buat Ramai Terkejut

Rezeki manusia datang dalam pelbagai bentuk dan cara, cepat atau lambat. 

Tidak menduga rezeki yang datang selepas diuji dengan pebagai dugaan, pelakon cantik Zara Zya, 37 dapat memiliki kereta mewah Porsche jenis 718 Boxster. 

Berita gembira itu dikongsi seorang individu di laman instagram miliknya iaitu AnwarShah06 dengan sekeping foto memperlihatkan pelakon itu bergaya disamping kereta mewah tersebut. 

 

Menerusi perkongsian tersebut, pemuda dikenali sebagai Anwar Shah mengucapkan tahniah kepada Zara Zya dengan kereta barunya sambil menghantar kereta tersebut kepada tuannya. 

Selain itu juga, Zara Zya turut berkongsi video di InstaStory miliknya sedang berada di dalam kereta tersebut sambil menyatakan itu adalah impiannya. 

Menerusi carian di internet, harga bagi kereta terpakai jenis sama mencecah sehingga RM 500 ribu keatas. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan syabas dan turut gembira dengan pencapaian Zara Zya. 

Untuk rekod Zara Zya pernah dikaitkan dengan beberapa kontriversi dan cerita panas sebelum dia mengambil keputusan untuk berhijab. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, ohbulan

[2] Gambar utama, zarazya, anwarshah06

[3] Gambar lain, anwarshah06, zigwheels, zarazya
 

Leave a Reply

Your email address will not be published.