“Nak beli motor boleh, tapi…” Wawa Letak Syarat Pada Aeril Sekiranya Mahu Beli Motosikal

Pelakon dan usahawan selebriti, Wawa Zainal seorang usahawan yang berjaya yang membuktikan wanita juga mampu. 

Mempromosikan sendiri produk-produk di laman media sosial Instagram dan TikTok seterusnya menjadi inspirasi setiap wanita. 

Selain itu, Wawa Zainal juga sering memuat naik video-video yang mencuit hati peminat tidak kira bersama suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafril mahupun anak-anak mereka. 

Terbahaharu, Wawa memuat naik video di laman Instagram miliknya memperlihat suaminya, Aeril yang rambutnya sedang dipotong. 

 

Wawa berkata, demi membeli sebuah motosikal baru, Aeril terpaksa mengikut syarat yang diberikan iaitu memotong rambutnya yang agak panjang. 

“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motosikal sebenarnya.  

“Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena ptong rambut. Baru handsome kacak bergaya,” kata Wawa. 

Video yang ditonton lebih 200 ribu tontonan serta 200 komen mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. 

“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” kapsyen di Instagram Wawa. 

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat penampilan Aeril nanti akan lebih kacak dan kemas dengan rambut pendek. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar utama dan gambar lain, w4w4_zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published.