“Saya rasa berdebαr, belum bersedia..” Elfira Loy Luah Rasa Sebαk Setelah Tahu Jantina Anak Ke-2

Pada Khamis, pelakon Elfira Loy telah menyambut majlis ‘gender reveal’ untuk anaknya yang bakal lahir. 

Berkongsi di laman Instagram miliknya, Elfira bersyukur setelah impian untuk menimang cahaya mata perempuan termakbul akhirnya. 

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27 menjelaskan, dia merasa berdebar pada mulanya sebelum jantina anaknya didedahkan. 

Melihat pada perkongsian di instagram miliknya, jelas menunjukkan perasaan terharu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ketika belon dipecahkan bagi menunjukkan keputusan jantina anaknya. 

“Kakcik: reaksi muka kamu paling teruk pada ‘gebder reveal’, haha. Okey Kakcik, okey. 

“Saya rasa berdebar, belum bersedia. Saya tahu saya perlu menerima apapun keputusan sama ada lelaki atau perempuan. 

“Tapi jauh disudut hati, saya tak boleh tipu diri sendiri. Selama ini saya berdoa untuk mendapat anak perempuan. MashaAllah. Allah tu sangat baik dengan El. 

“Allah izinkan. Syukur, syukur Alhamdulillah,” tulisnya. 

Majlis ‘gender reveal’ tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti turut berasa gembira dengan perkhabaran tersebut. 

Selain itu, mereka turut mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 

Untuk rekod, Elfira mengumumkan kehamilan anak kedua pada Oktober tahun lalu. 

Elfira dan suami telah berkahwin pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat.

Sumber:

[1] Rujukan, mediahiburan

[2] Gambar utama, elfiraloy

[3] Gambar lain, fariskanuar

Leave a Reply

Your email address will not be published.