(Video) “Boleh datang hari-hari…” Neelofa Buat Agihan Susu Secara Percuma, Ini Sebab Neelofa Bagi ‘Free’

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa bukan sahaja berbakat dalam pengacaraan malah dalam bidang perniagaan.

pelbagai jenama produk yang dihasilkan bermula dengan bisnes jenama tudung sehingga produk minuman.

memperkenalkan produk susu minuman berperisa sejak 2019 lagi, jenama Nilofa kini sudah melekat dihati peminat dengan pelbagai perisa.

Dalam pada itu, produk susu minumannya itu bermula dengan susu berperisa pisang dan selanjutnya diteruskan dengan beberapa perisa lain seperti durian dan kurma yang turut menjadi kesukaan pengguna di luar sana.

Namun begitu, tulαr di media sosial di mana terdapat beberapa buah kenderaan sedang beratur panjang di sekitar gudang Nilofa yang berlokasi di Meru, Klang.

Difahamkan, Nilofa telah menawarkan satu tawaran yang mengεjutkan di mana sesiapa sahaja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Untuk makluman, rupanya terdapat satu pengumuman di mana pemberian susu berperisa durian secara percuma telah dijalankan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkannya secara percuma.

Pihak Nilofa Group melalui Instagram rasminya juga ada memaklumkan, pemberian itu akan berlangsung sepanjang bulan Mac ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen begitu gembira dengan pemberian susu percuma itu dan mereka begitu menyambut usaha baik yang dilakukan oleh Nilofa.

Ada juga segelintir yang mendαkwa pemberian susu itu adalah kerana sudah menghampiri tarikh lupμtnya.

Tambahan pula, di dalam bahagian komen juga ada yang memaklumkan bahawa susu itu juga boleh didapatkan secara online dan orang ramai hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

 

Namun sekiranya melihat di laman Instagram rasmi Nilofa Group, program tersebut berlangsung untuk mendidik semangat infaq dalam sanubari semua.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: awatttsyeikhh

[2] Gambar Utama: Instagram Nilofa Group

[3] Gambar dan Video: Lobakmerah dan Tiktok Sayal1pas

Leave a Reply

Your email address will not be published.