[Video] Gadis Ini Ambil Masa 3 Hari Lukis Potret Wajah MK, Sekali Ini Respons MK Buat Ramai Terkεjut

Ternyata gadis dari Beaufort, Sabah, Khadijah Ariffin, mempunyai bakat melukis potret yang begitu luar biasa sehingga mampu melukis wajah manusia seakan-akan sebenar.

Baru-baru ini, dia melukis potret yang menunjukkan wajah penyanyi rap terkenal tanah air iaitu MK K-Clique yang menjadi v1ral dan mendapat perhatian ramai netizen.

Tambah Khadijah, 25, dia begitu terhαru apabila penyanyi rap kesayangan ramai itu memberikan respons kepada lukisan potretnya itu.

Khadijah berkongsi lukisan itu melalui laman Instagram dan TikToknya.

Apa yang lebih indah lagi, dia menyatakan bahawa MK turut bertanya kepada dirinya melalui pesanan DM untuk membeli lukisan potret berikut.

“Potret wajah MK dihasilkan untuk koleksi persendirian saya, saya memang meminati MK serta lagunya, potret ini disiapkan dalam masa tiga hari dan dibuat di atas kertas bersaiz A3,” katanya.

“Bila MK repost lukisan itu di IG, saya rasa blushing, MK juga hantar DM kepada saya, dia kata nak beli lukisan itu, dia baru tanya belum confirm lagi,” kata Khadijah.

Menurut Khadijah, dia juga menerima ramai pengikut di Instagram selepas tμlar video potret wajah MK yang dilukis olehnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut men1nggalkan komen dengan meminta Khadijah untuk melukis wajah aktres Thailand, Tangmo Nida yang baru-baru ini men1nggal dunia.

“Saya juga memasang impian untuk membuat potret wajah artis Malaysia yang lain, di TikTok ada juga yang cadangkan saya buat potret wajah Tangmo.

“Insya Allah saya akan buat dalam masa yang terdekat kalau ada kelapangan waktu,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Khadijah juga menyatakan bahawa dia mengakui sudah jatuh cinta dengan bidang seni sejak kecil lagi.

Dia juga menambah bahawa dia begitu menyukai kartun Jepun iaitu Drag0n Ball sebagai satu sumber inspirasi bagi dirinya.

“Saya minat melukis sejak kecil lagi, masa tu saya suka tengok kartun Drag0n Ball, jadi saya pun ikut sama suka lukis kartun, ia jadi hobi.

“Ketika tingkatan 6, saya juga ambil subjek seni, pernah juga masuk pertandingan melukis dan dapat number 3,” jelasnya.

Dia juga menjadikan melukis ini sebagai kerjaya sepenuh masa dan dia begitu bersyukur apabila dia sekarang ini menerima banyak permintaan daripada luar Sabah.

“Harga ikut saiz kertas dengan jumlah muka orang, contohnya, kalau satu muka harga upahnya RM135 termasuk frame dan postage.

“Cabaran utama ia bergantung kepada mood, kalau mood tak baik, maka tak jadilah lukisan tu, nak lukis details pada wajah sangat sμsah,” katanya.

Sementara itu, Khadijah turut memberikan pesanan khas buat mereka yang diluar sana yang mahu berjinak dalam bidang ini mestilah mempunyai keyakinan dan percaya pada diri.

“Percaya pada diri dan kebolehan yang kita ada, kalau bukan kita yang push diri sendiri, siapa lagi? Kebolehan mesti dit0nj0lkan.

“Melalui kr1tikan ia buatkan kita jadi lebih matang dan bagus dan perbaiki diri, cuba hasilkan yang lebih baik berbanding sebelumnya,” ujarnya.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Mstar

[2] Gambar Utama: Instagram Dajyaart

[3] Gambar dan Video: Instagram Hairiwhuut dan Instagram Dajyaart

Leave a Reply

Your email address will not be published.