“Mata bengkak dan tak mahu minum susu..” Gara-Gara Ini Anak Ayda Jebat Menangis Sehingga Bengkak Mata

Bermalam di sesebuah tempat penginapan semestinya satu pengalaman yang menyeronokkan apabila pergi ke sesuatu tempat. 

Namun, pengalaman ‘mistik’ jarang-jarang didengar dan semestinya tidak mahu terjadi kepada sesiapa pun. 

Hal ini terjadi kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat disaat mereka menginap di sebuah hotel di ibu negara. 

Ayda memuat naik di InstaStory miliknya berkenaan pengalaman mereka ‘bermalam’ di sebuah hotel di ibu negara. 

Menurut Ayda, anaknya Ana Nayla menangis sehingga mata bengkak dan tidak mahu minum susu, manakala ibunya pula ternampak kelibat hitam merangkak. 

Ayda dan suaminya Nabil mengambil keputusan untuk ‘check in’ di hotel tersebut atas urusan kerja. 

“Semalam (kelmarin), saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik. 

“Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus men4ngis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakvtan. 

“Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan Azan tetapi dia masih men4ngis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin men4ngis,” luahan Ayda. 

Menurutnya juga, ketika sedang dalam latihan hatinya tidak tenang dan Ayda kerap kali menanyakan ibunya tentang bayi yang ditinggal bersama ibunya di hotel tersebut. 

“Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ibu memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik saya ke biliknya. 

“Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepen4tan men4ngis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu kami bilik hotel ini tidak ‘elok’. 

“Mama terlihat sesuatu me­rangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilir air,” ujarnya. 

Mendengar kata-kata ibunya, Ayda dan Nabil tidak menunggu lama dan terus mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah dan tidak mahu mengambil risiko. 

“Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup,” tambahnya lagi. 

Ayda menjelaskan, tujuan perkongsiannya adalah hanya untuk panduan kepada ibu bapa supaya berhati-hati dalam semua perkara mengenai keselamatan bayi mereka. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, news131media

[2] Gambar, GaleriAriani, aydajebat

Leave a Reply

Your email address will not be published.