“Mak saya pun membαntah…” Angah Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu, Selepas Jadi Model Jenama DS Aliff Syukri

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang gadis yang juga menjadi model jenama Datuk Seri Aliff Syukri. 

Senag disapa Angah, Norhidayatul Asmiera Md Asadzzman Hoque, 19 sebelumnya tampil dengan pakaian dan berperwatakan lelaki berubah menjadi wanita cantik selepas mengenakan pakaian muslimah. 

Jelas Angah, dia selesa dengan penampilannya walaupun mengakui dirinya bukan seorang yang kasar dan ganas. 

“Saya memang macam ni. Saya bukanlah seorang yang ka.sar dan ga.nas, cuma suka penam.pilan begini sejak umur 12 tahun. Keluarga selalu te.gur. Apa yang salah, pasti mereka te.gur. 

“Mak saya pun membαntah. Dia selalu minta saya pakai tudung. Tapi mak ayah tahu, suatu hari nanti saya akan berubah. Kita sendiri tahu mana yang baik dan bu.ruk,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, dia tidak ambil pusing dengan kecαman netizen dan berharap suatu hari nanti dia akan berubah ke arah perubahan yang baik. 

Meskipun begitu, masih lagi ada yang menyayanginya dan sudi memberi kata-kata semangat serta mendoakan dirinya agar penampilannya akan berubah nanti. 

“Apa yang saya buat, saya tak harapkan peni.laian orang tapi saya buat untuk kepuasan hati sendiri. Saya tak pernah hirau.kan keca.man. Segala te.gu.ran netizen saya terima. 

“Mana tahu doa salah seorang daripada mereka diangkat Allah. Saya sentiasa mengharapkan doa-doa mereka semua. Saya berpegang kepada satu kata-kata, kita hidup kena santai, jangan sampai kena ban.tai,”  

Terbaharu, Angah yang tampil dengan busana Muslimah mendapat pujian ramai menerusi video yang tular di aplikasi TikTok. 

Menurutnya lagi, setiap tahun dia akan mengenakan baju kurung bila tiba Hari Raya sambil berjenaka belum pernah lagi pakai kurta setiap kali raya. 

“Bukan tak biasa. Setiap kali raya, saya memang akan pakai baju kurung. Belum pernah lagi saya pakai kurta masa raya. Cuma penampilan harian saja saya pakai macam lelaki.  

“Saya dah biasa, tapi mungkin orang jarang nampak. Saya bersyukur sampai lebih sembilan juta views video di TikTok. Terima kasih atas sokongan semua netizen, tanpa anda siapalah saya,” katanya lagi. 

Angah yang dijemput menjadi model untuk menjayakan sesi photoshoot koleksi pakaian terbaru DS Aliff Syukri menyatakan tidak menyangka dapat peluang ini. 

“Photoshoot itu untuk koleksi baru Datuk Aliff. Dia ajak saya jadi model dan saya terima dengan hati terbuka. Saya tak sangka dapat peluang macam ni. 

“Sesi photoshoot itu baru sahaja dijalankan minggu ini dan belum habis lagi. Sejujurnya saya tak rasa kekok untuk pakai baju Muslimah, sebab saya memang perempuan. 

Untuk rekod, Angah juga sebelum ini sudah dua tahun mengusahakan bisnes bundle dan kosmetik di Sri Kembangan, Selangor. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, sinetronmalaya

[2] Gambar utama, mstaronlineofficial, @hell0angah0.2

[3] Gambar lain, @hell0angah0.2

Leave a Reply

Your email address will not be published.