(Video) “Dah jadi abah-abah, automatik..” Peminat Terhibur Dengan Telatah PU Riz Dan Bilal

Sudah sebulan pelakon dan usahawan selebriti Neelofa dan suami, Harris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz bergelar ibu bapa. 

Namun, mereka masih belum mendedahkan wajah anak mereka kepada umum membuatkan para peminat menjadi makin tidak sabar untuk mengenali Muhammad Bilal. 

Setiap perkongsian baik Neelofa atau PU Riz tentang anak mereka akan menarik perhatian netizen untuk mengetahui lebih lanjut. 

Baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi video suaminya menggendong bayi mereka manakala Neelofa masih lagi dalam proses berpantang. 

Perkongsian melalui InstaStory itu telah dimuat naik semula oleh Instagram peminat Neelofa dengan kapsyen “Abah dan Bilal” sambil meletakkan tuala dibahunya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya sudah tidak sabar untuk melihat wajah Bilal serta terhibur dengan telatah mereka yang dilihat comel. 

Antara komen peminat adalah dah jadi abah-abah, automatik kain lampin atas bahu. 

Meskipun masih belum dapat menatap wajah Bilal, namun rata-rata netizen sudah jatuh hati padanya dan populariti Bilal setanding ibu bapanya.

Selain itu, mereka juga berteka-teki iras wajah Bilal nanti sama ada Neelofa atau PU Riz. 

Sementara itu, ada juga yang turut mendoakan kesihatan Neelofa dan bayinya dalam keadaan sihat serta proses berpantang berjalan dengan lancar. 

Untuk rekod, Neelofa selamat melahirkan Bilal pada 31 Januari lalu di sebuah hospital swasta di ibu negara. 

Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini juga memaklumkan kepada media bahawa keluarga mereka di Kelantan juga masih belum dapat menatap wajah Bilal. 

Melalui program MeleTOP, PU Riz sebagai selebriti jemputan juga memberitahu sebab mereka masih merahsiakan wajah Bilal atas sebab-sebab tertentu dan akan mendedahkan wajah anak mereka pada masa yang sesuai. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kdnews

[2] Gambar utama dan gambar lain, lofa.page, neelofa

[3] Video, lofa.page

Leave a Reply

Your email address will not be published.