
Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul menjadi bualan setelah dinobatkan sebagai Penyanyi Pilihan Popular dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL 36).
Membawakan lagu duet Nafas Cinta sehingga dapat dipertandingkan ke pentas akhir AJL 36, rata-rata warganet amat meminati gambungan suara mereka berdua.
Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @aina.devotee dipercayai salah seorang peminat Aina Abdul telah menarik minat ramai.
Video berdurasi pendek itu sudah ditonton lebih 400 ribu tontonan serta 43 ribu tanda suka memperlihatkan kemesraan Khai Bahar dengan Aina Abdul.
Dapat dilihat menerusi video tersebut, apabila Khai menyebut nama Aina, kelihatan penyanyi lagu Sepi itu tertunduk malu setelah diusik oleh Khair.
Susulan daripada itu, para peminat tidak berdiam diri lalu ‘mengusik’ pasangan duet tersebut dengan pelbagai komen seperti mereka akan ikut jejak langka Syamel dan Ernie.
Antara komen daripada peminat Aina dan Khair:
Untuk rekod, lagu Sepi nyanyian Aina Abdul telah dipilih sebagai Vokal Terbaik dalam AJL 36 dengan menewaskan saingan sengit Marsha Milan yang membawakan lagu Cinta.
Sekaligus, Aina membawa pulang dua trofi pada malam tersebut.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, sinetronmalaya
[2] Gambar utama, @aina.devotee
[3] Gambar lain, portalmalaysia, @aina.devotee
[4] Video, @aina.devotee