“Bukan tertunggαk, tapi sudah…” Azwan Ali Minta Bαki Bayaran, Sekali Pihak Awesome TV Tαmpil Jelαskan Sesuatu

Baru-baru ini, Azwan Ali telah digugurkan serta merta sebagai pengacara dalam rancangan realiti Mic On! Dengan sebab-sebab yang tertentu. 

Namun, pengguguran pengacara kontroversi itu tidak berakhir disitu apabila dia mendakwa pihak Awesome TV masih belum menjelaskan baki bayaran kepadanya. 

Tampil jelaskan perkara sebenar, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, Azwan Ali sudah mendapat bayaran penuh pada hari sama dia diberhentikan tugas. 

Bayaran penuh untuk 10 minggu dilunaskan oleh pihak Awesome TV biarpun Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA hanya menjalankan tugas sebagai pengacara program berkenaan dalam tempoh enam minggu. 

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami. 

“Kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka. 

“Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program Mic On!, pihak kami memandang serius akan pertuduhan tersebut. 

“Ini kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu telah pun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja,” jelasnya. 

Sebelum ini, Azwan Ali menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan serta meminta pihak produksi berhenti keluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan nama baiknya. 

Menurut Azwan juga, dia berasa kesal dengan pihak stesen yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu selain tidak menerima sebarang surat rasmi daripada mereka. 

Menjawab soalan Azwan, pihak Awesome TV sudahpun mengeluarkan surat pemberitahuan rasmi penamatan khidmat Azwan pada Selasa lalu. 

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat dia juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! Sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. 

Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! Yang masih berbaki empat minggu lagi,” tambahnya lagi. 

Untuk rekod, pada Selasa lalu Diva AA digugurkan tugas serta-merta selepas didakwa melanggar etika ketika mengendalikan program realiti tersebut. 

 Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan, mstar

[2] Gambar utama, awesometvmalaysia,

[3] Gambar lain, mstar, awesometvmalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.