
Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Shila Amzah dikatakan telah kembali menjalin hubungan cinta setelah masing-masing kembali sendirian.
Berikutan tulαr kisah cinta mereka berdua, para netizen juga bagaikan turut merestui hubungan cinta mereka berdua sekiranya betul perkara itu berlaku.
Khabar angin mula tersebar gara-gara ciapan Sharnaaz dalam memberi sokongan kepada bekas kekasihnya yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Dalam pada itu, dia turut mengakui bahawa dia tidak mampu untuk menaf1kan komen daripada peminat yang tidak pernah pμtus mendoakan jodohnya dan dia mengganggap ini semua adalah ketentuan Allah S.W.T.
“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.
“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’ (terbuka) kepada sesiapa sahaja.
“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” jelas Sharnaaz.
Tambahan pula, Sharnaaz juga mempunyai reaksi yang tersendiri apabila disoal tentang kesediaannya untuk kembali menjalin hubungan dengan keluarga Shila seperti dulu.
“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,” jelasnya.
Kata Sharnaaz lagi dia juga sering berhubung dengan Shila melalui telefon sejak Shila bercεrai dengan bekas suami yang mana kedua-dua mereka ini masing-masing memegang status jαnda dan dudα beranak satu.
“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, percerαian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermμsuh.
“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendαm pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gαgαl dalam alam rumah tangga.
“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunμh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,” ujarnya.
Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.
Sumber:
[1] Rujukan: Ohmymedia
[2] Gambar Utama, diva, sharnaazahmad
[3] Gambar lain, ohmymedia