(Video) “Orang mendoakan yang baik…” Diµsik Bersama Sharnaaz, Reaksi Shila Amzah Jadi Tumpµan

Anugerah Juara Lagu ke-36 telah melabuhkan tirai dengan kejuaraan dimenangi oleh lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah dan kumpulan SOG.

Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM 100, 000 beserta trofi bersalut emas.

Namun begitu, disebalik kejayaan Shila Amzah, ada perkara yang mencuit hati para peminat dimana Shila mendapat sokongan daripada Sharnaaz Ahmad yang juga seorang pelakon.

Ciapan di Twitter milik Sharnaaz Ahmad menyokong lagu Pelukan Angkasa serta mengucapkan tahniah selepas Shila memenangi anugerah tersebut.

Namun, semasa ditemubual di stesen radio Hot FM, Fara Fauzana selaku DJ sempat mengusik juara AJL itu.

Shila seolah-olah bertukar malu-malu dan cuba menukar topik perbualan.

Video temubual itu boleh ditonton seperti dibawah:

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui bahawa dia tidak mampu untuk mena’fikan komen daripada peminat yang tidak pernah pμtus mendoakan jodohnya dan dia mengganggap ini semua adalah ketentuan Allah S.W.T.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’ (terbuka) kepada sesiapa sahaja.

“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” jelas Sharnaaz.

Sumber:

[1] Rujukan, Malaysia Time

[2] Gambar utama, shahilaamzah, sharnaazahmad

[3] Gambar lain-lain, Shilalaunited

Leave a Reply

Your email address will not be published.