Tengku Hassanal Kongsi Foto Bersama Anak Buah, Sekali Tunku Azizah Bagi Komen ‘Padu’ Buat Anakanda Baginda.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Pemangku Sultan Pahang mempunyai keperibadian yang tinggi dan disegani rakyat. 

Baginda sering mencemar duli melawat rakyat yang ditimpa musibah seperti banjir yang melanda sesetengah negeri baru-baru ini. 

Terbaharu, Tengku Hassanal melawat anak saudaranya, Tengku Aleya Norlini, anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7)

Baginda Tengku Hassanal memuat naik pertemuan baginda dan Tengku Aleya di laman Instagram dan dilihat mengusap dahi Tengku Aleya serta mengucap tahniah kepada kekandanya. 

“Bertemu dengan Tengku Aleya Norlini, cantiknya Puteri Pahang. Syabas Tengku Iman Abdullah,” kapsyen baginda. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat baginda turut mengucapkan tahniah serta memuji kecomelan Tnegku Aleya. 

Namun begitu, satu komen agak mencuit hati para peminat apabila ibunda Tengku Hassanal turut memberikan komen. 

Apa yang menariknya, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj meminta Tengku Iman supaya memberitahu Tengku Hassanal cepat kahwin. 

“@imanabdullah bagitahu Hassanal supaya kahwin… saya nak cucu ramai,” komen Tunku Azizah. 

Ternyata, komen daripada Tunku Azizah telah menarik perhatian ramai serta ada yang mendoakan jodoh buat Tengku Hassanal. 

Untuk rekod, Tengku Hassanal telah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang bagi menggantikan ayananda baginda yang dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16 pada tahun 2019. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, bartasangbad, mstar

[2] Gambar utama, ohmymedia, nona

[3] Gambar lain, this.7

Leave a Reply

Your email address will not be published.