
Beberapa hari lalu, pelakon cantik Erra Fazira telah hadir ke konti radio Sinar FM sebagai jemputan khas ditemani team Duo Pagi Di Sinar.
Sepanjang ke udara, pelbagai isu rancak dikupas Erra dan team Duo Pagi Di Sinar sepanjang siaran mereka berlangsung.
Apa yang menariknya, Sinar.my juga turut berkongsi sedutan video di laman Instagram memperlihatkan perbualan antara Erra Fazira dan penyampai radio.
Sedutan video tersebut mengenai lagu yang memberi kenangan kepada mereka dan masing-masing berkongsi lagu-lagu legend yang menjadi kegemaran mereka suatu masa dulu.
“Bagi akak lagu yang terkesan lagu apa, lagu yang menggamit memori,” tanya Angah, penyampai radio.
“Okeyla, ada satu lagu la.. Sebab lagu tu mengimbau sikit. Sebab lagu tu dah memang untuk kita, lagu Ratuku,” jelas Erra.
Jelas Erra, lagu Ratuku sememangnya ditujukan khas untuk dirinya oleh vokalis kumpulan Wings, Dato’ Awie.
Suatu ketika dahulu, kisah percintaan antara Dato’ Awie dan Erra Fazira hangat diperkatakan dan sering digandingkan dalam filem-filem kerana keserasian mereka berdua.
View this post on Instagram
Walaupun tiada jodoh antara mereka, namun masing-masing masih bersahabat baik sehingga kini.
Menurut Erra, lagu Ratuku sangat bermakna walaupun hanya sekadar kenagan, momen-momen bahagia pasti terlintas setiap kali mendengar lagu tersebut.
Erra tetap menganggap itu sebagai satu kenagan yang indah walaupun jodoh tidak panjang.
Tambah Erra, semuanya hanya sekadar perkongsian cerita lama dan tidak salah andai ia kenangan yang pernah membahagiakan kita.
Sekadar info dan semoga bermanfaat.
Sumber:
[1] Rujukan, sinetronmalaya
[2] Gambar utama, errafazira, haibunda
[3] Gambar lain, utaranews
[4] Video, sinar_my