‘Pickup Line’ Zizan Razak Buat Daiyan Trisya, Sekali Jawapan Balasnya Jadi Buαlan Netizen

Sebelum ini, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita cantik. 

Namun begitu, kesemua selebriti tersebut sudahpun bertemu pasangan masing-masing dan melayari alam rumah tangga bersama pasangan masing-masing. 

Terbaharu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 37, sering memuat naik foto ataupun video bergandingan pelakon wanita baru yang sedang meningkat naik iaitu Daiyan Trisha. 

Zizan dan Daiyan menjadi perbualan antara peminat setiap kali mereka memuat naik foto di laman Instagram masing-masing. 

Namun, apa yang menarik perhatian warga maya apabila Zizan berkongsi beberapa keping foto di laman Instagram miliknya bersama pantun ‘pickup line’. 

“Dulu masa kecik sy nak jadi pilot. Bila besar sy nak ade airport sendiri. Masa dulu awak asyik mengelak. Tapi harini awk sudi jadi isteri….. what..!!!?? Hahahaha. Jadi pantun pulekkk..,” kapsyen Zizan. 

Gambar berlatarbelakangkan pesawat beserta kapsyen serta memetik nama Daiyan seakan-akan mahu melamar Daiyan menjadi isterinya. 

Tambah menariknya, Daiyan dilihat turut membalas ayat jiwang Zizan dengan memberi komen yang seakan bersetuju dengan lamaran Zizan. 

“Tak fahamlah, cuba kahwin,” balas Daiyan. 

Menerjαh ke ruangan komen pula, rata-rata peminat menyokong dan merestui perhubungan mereka ke jinjang pelamin. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, xtra

[2] Gambar utama dan gambar lain, zizanrazak869, daiyantrisha

Leave a Reply

Your email address will not be published.